"aku punya satu seribu juta impian."

Thursday, December 25, 2014

setahun sekali

assalamualaikum

Untuk tahun 2014  yang akan melabuhkan tirai kurang dari satu minggu lagi
untuk kelahiran diri sendiri pada kali ke 21 yang akan ditunggu detiknya kurang dari 4 jam lagi,

alhamdulillah untuk setiap satu perkara yang berlaku pada tahun 20 hingga menjelang 21 tahun ini.

detik detik aku untuk tahun ini terlalu banyak . Malam ni baru aku sedar, kuat juga aku ni. heheh

tahun ni, aku berjaya meloloskan diri aku dari UITM Jengka Pahang, sebagai graduan lulusan Diploma in Office Management dengan CGPA ehem . boleh la bangga sikit.  kembali menetap di kampung halaman Port Dickson.  dengan adanya kereta Viva, alahai bahagianya hidup tahun ini.

Memulakan kerjaya sebagai Front Office, Assistant di Hotel Corus Port Dickson, timba sedikit sebanyak ilmu berhadapan dengan manusia yang bermacam ragamnya.  Paling celaka aku hadap, kene marah dengan customer mabuk lepas putus bercinta.  hahaha . kad kredit dia aku makan.  kalau aku garang masa tu, aku ambik je kad kredit dia tu.  budus.

baru mahu kecap dunia remaja, keluarga ditimpa musibah yang besar.  Allahu, abah meninggalkan aku.  bulan 7 dihadapi dengan penuh kesedihan.  raya pun ala kadar . alahai kesiannya kami ingat balik tragedi tu.

aku berpaling tadah.  Kerjaya di hotel aku lepaskan.  mencari pengalaman baru kononnya di tempat yang lebih jauh.  ecehhhh jauh konon.  Office, Production, position baru aku.  anak syarikat Top Glove, GMP Medicare Sdn. Bhd.  tempat aku kenal erti penat lelah mencari rezeki.  Berboskan 2 orang bos yang muda, aku hadap dan alhamdulillah sampai kini aku masih bertahan.  Macam-macam ragam.  Secara konklusinya, aku jaga bos, aku jaga nepal, dan aku jaga system.  Nampak senang, kita tengok bila line 6 dah jalan dengan sempurna.  Moga saja aku tabah hadapi.

untuk arjuna.
terima kasih untuk tahun ini.  moga moga aku tetap berdua dengan kamu, sampai kita mati nanti. alang alang mak ayah dan jumpa sama mak kan.  ehehe.

untuk diri sendiri
terlalu banyak yang aku impikan untuk tahun hadapan.  cuma satu, aku masih belum tahu hala tuju, mahu kerja atau mahu belajar.
kalau mahu kerja, aku mahu jadi pekerja yang awesome, banyak benda yang perlu aku ubah.
kalau mahu belajar, aku tak tahu lah macam mana.

moga aku berjaya dunia di akhirat
moga aku jadi muslimah yang menurut segala apa yang perlu aku ikut
moga aku jadi anak yang terbaik
moga aku jadi adik yang comel sentiasa
moga aku jadi manusia berguna. hahhaah

selamat hari kelahiran wahai norlishafikah mohd ali