"aku punya satu seribu juta impian."

Monday, July 21, 2014

ABAH

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum

Sejak dua menjak aku selalu terfikir, aku dan keluarga tak pernah hadapi dugaan yang terlalu besar . kehilangan ahli keluarga . betapa bersyukurnya aku. tika itu aku fikir . macam mana lah hidup aku nanti kalau salah sorang ahli keluarga aku pergi meninggalkan dunia.

dan tanpa diduga . tak terlintas langsung dek fikiran . allah dengar apa yang terlintas di hati ini. dan allah bagi rasa perasaan itu . tuhan maha kuasa . abah pergi mengadap illahi . bagai mimpi . terduduk . luluh jantung . menggigil diri . bila lihat abah di akhir pemergiannya. aku ada disisinya . jauh . sebab aku masih mengharap itu bukan masanya.

abah hembuskan nafas terakhir pada 3.05 a.m pada 20.07.2014 . iaitu ramadhan yang ke 22 . Allahukhbar.
abah sememangnya sakit . banyak sakit . macam macam sakit abah ada . kuasa tuhan . selepas puasa keenam (tak silap) abah ngadu sakit . tak boleh bangun . ajak pergi hospital . abah tak mahu . aku nampak kesukaran abah untuk bangun melawan kesakitan. aku lihat ketabahan mak bantu abah . dan aku ? heboh dengan urusan aku sendii ku fikir itu hanya sakit biasa . :( sampai satu malam . mak tak ada . tugas mak diambil alih oleh aku . abah panggil "dekyang, angkat abah, abah nak g tandas." . aku angkat . dan masa itu . baru aku tersedar . ini bukan sakit biasa . aku rasa ketabahan mak angkat abah. .semakin hari aku perkuatkan bacaan ngajiku . dan rupanya mak beritahu . (selepas meninggal) abah senyum dengar aku ngaji . 13hb abah berjaya dipujuk untuk ke hospital . atas bantuan jiran (doctor) . setiap pagi . sebelum pergi kerja, aku hantar mak ke hospital . balik dari kerja . belikan makanan untuk buka puasa . terus ke hospital sehinggalah jam 11 malam . ulang benda yang sama untuk 4 hari yang seterusnya.

hari yang ke lima . abah dimasukkan ke icu . aku di tempat kerja . terus pecut pergi hospital . aku lihat abah . macam macam wayar ada . sayu . pedih hati . lagi pedih bila aku lihat abah menangis . mungkin tak tahan sakit . atau dia rindu kat seseorang . kali terakhir aku bercakap dengan dia . "abah, dekyang dengan mak balik dulu kejap . nak buka puasa . nanti dekyang ngan mak datang balik." . abah menggangguk . itu kali terakhir dia dan aku bertentang mata . keesokkannya. aku pergi kerja . jam 3 mak call, cakap abah tenat . pecut terus ke hospital . fikiran aku . allah . tuhan saja tahu . aku harap abah tunggu aku

sampai hospital . semua adik beradik dan sedara baca yassin kat luar icu . gugur jantung . aku duk jauh . termenung . harpaan menggunung aku letakkan agar ini bukan pengakhiran . aku masuk lihat abah . tak tertahn dek air mata . gugur lihat penderitaan abah . abah hanya beergantung pada machine dan ubat semata. doc tanya pada kami. kalau jantung berhenti . what should we do ?sma ada nak selamatkan atau redha . sebab abah memang sakit . then mak said . "mak redha"

malam tu . kitorang satu keluarga bergilir gilir baca quran . kali terakhir aku baca dalam pukul 1 pagi . aku tertidur di sisi abah. aku bercakap dalam hati . agar abah dipermudahkan . tak sanggup tengok sakitnya dia . tempatku diganti oleh ayen(abang)

jam 2.40 pagi . aku, mak dan akak tertidur kat luar icu .kami bertiga dikejutkan oleh ayen, "dekyang bangun abah nazak". sepintas kilat aku bangun . terus ke dalam . aku lihat pada machine . semakin turun denyutan nadi . mak mengucap di telinga kanan . ayen di sebelah kiri . akak di kaki kiri . aku dikaki kanan bersebelah bancik . doctor datang . dan abah disahkan meninggal . allah . menggigil . aku dipeluk bancik .

abah dibawa ke bilik mayat untuk dimandikan . aku dan semua balik ke rumah untuk kemas rumah . selepas sahur. aku kembali ke hospital . menyambung kembali bacaan al quran. tak ada rasa gentar langsung untuk duduk bersebelahan abah. walhal aku paling takut dengan mayat.  jam 7 abah segera dimandikan . aku pulang ke rumah . siap sedia untuk terima abah di rumah . aku duduk di bahgian kepala . yassin dibaca . setiap kali orang nak tengok abah . aku bukakan kain .

jam 10.50 abah siap sedia untuk dibumikan . terakhir kalinya aku dan keluarga cium dahi abah . sejuk . wangi . walhal aku paling tak suka bau mayat . tapi bau itu aku rindu hingga saat ini. waktu abah dibawa keluar. waktu itu . hilang segalanya . abah dah tak ada . jatuh . aku peluk along dan akak . allah . sangat dekat masa itu dengan tuhan dan juga keluarga . rasa betapa kasihnya aku pada keluarga aku .

jam 11.30 abah selamat dikebumikan.

AL-FATIHAH

MOHD ALI BIN HASHIM
ABAH