"aku punya satu seribu juta impian."

Thursday, May 8, 2014

poyo sikit entry ni

tak tahu lah nak mula dari mana. semalam sebelum aku mula tekan button refresh banyak banyak kali lama aku sujud . lama sangat . aku cakap. "tuhan, aku tahu aku pembikin dosa yang terpaling banyak, aku harap kau berilah keputusan yang sama dengan apa yang telah aku  usahakan. kalau boleh biarlah mak bapak aku . adik beradik aku bangga kejap dengan keputusan aku." 

dan ya. kucing aku peneman untuk aku jenguk result aku. 


dengan ini . aku bukanlah lagi pelajar diploma UiTM Pahang, Kampus Jengka, aku bukanlah lagi ahli Majlis Sukan Pelajar UITM Pahang . aku kini mantan . cehh . macam poyo rasa 

aku tahu ramai yang lagi bagus dari ini.  ramai gak aa member member dapat Anugerah Naib Canselor tu.  Tahniah la untuk mereka.  aku sangkut kat part 2 dan 3 dulu. 

well.  after this actually i have no plan.  sudah semestinya la kan aku nak sambung degree tapi nak kerja.  aku nak duit.  nak habiskan bayar duit ptptn tu dulu.  bayar duit kereta. hmmmmm . 

terima kasih semua yang mendoakan.  nampaklah muka mak dan abah aku senyum pagi tadi. haha. adik beradik nak belanja makan. ok la tu.  tetiba terfikir. kenapa dulu sekolah aku bodoh eyk ? haha. 

HABIS 

No comments:

Post a Comment