"aku punya satu seribu juta impian."

Thursday, December 25, 2014

setahun sekali

assalamualaikum

Untuk tahun 2014  yang akan melabuhkan tirai kurang dari satu minggu lagi
untuk kelahiran diri sendiri pada kali ke 21 yang akan ditunggu detiknya kurang dari 4 jam lagi,

alhamdulillah untuk setiap satu perkara yang berlaku pada tahun 20 hingga menjelang 21 tahun ini.

detik detik aku untuk tahun ini terlalu banyak . Malam ni baru aku sedar, kuat juga aku ni. heheh

tahun ni, aku berjaya meloloskan diri aku dari UITM Jengka Pahang, sebagai graduan lulusan Diploma in Office Management dengan CGPA ehem . boleh la bangga sikit.  kembali menetap di kampung halaman Port Dickson.  dengan adanya kereta Viva, alahai bahagianya hidup tahun ini.

Memulakan kerjaya sebagai Front Office, Assistant di Hotel Corus Port Dickson, timba sedikit sebanyak ilmu berhadapan dengan manusia yang bermacam ragamnya.  Paling celaka aku hadap, kene marah dengan customer mabuk lepas putus bercinta.  hahaha . kad kredit dia aku makan.  kalau aku garang masa tu, aku ambik je kad kredit dia tu.  budus.

baru mahu kecap dunia remaja, keluarga ditimpa musibah yang besar.  Allahu, abah meninggalkan aku.  bulan 7 dihadapi dengan penuh kesedihan.  raya pun ala kadar . alahai kesiannya kami ingat balik tragedi tu.

aku berpaling tadah.  Kerjaya di hotel aku lepaskan.  mencari pengalaman baru kononnya di tempat yang lebih jauh.  ecehhhh jauh konon.  Office, Production, position baru aku.  anak syarikat Top Glove, GMP Medicare Sdn. Bhd.  tempat aku kenal erti penat lelah mencari rezeki.  Berboskan 2 orang bos yang muda, aku hadap dan alhamdulillah sampai kini aku masih bertahan.  Macam-macam ragam.  Secara konklusinya, aku jaga bos, aku jaga nepal, dan aku jaga system.  Nampak senang, kita tengok bila line 6 dah jalan dengan sempurna.  Moga saja aku tabah hadapi.

untuk arjuna.
terima kasih untuk tahun ini.  moga moga aku tetap berdua dengan kamu, sampai kita mati nanti. alang alang mak ayah dan jumpa sama mak kan.  ehehe.

untuk diri sendiri
terlalu banyak yang aku impikan untuk tahun hadapan.  cuma satu, aku masih belum tahu hala tuju, mahu kerja atau mahu belajar.
kalau mahu kerja, aku mahu jadi pekerja yang awesome, banyak benda yang perlu aku ubah.
kalau mahu belajar, aku tak tahu lah macam mana.

moga aku berjaya dunia di akhirat
moga aku jadi muslimah yang menurut segala apa yang perlu aku ikut
moga aku jadi anak yang terbaik
moga aku jadi adik yang comel sentiasa
moga aku jadi manusia berguna. hahhaah

selamat hari kelahiran wahai norlishafikah mohd ali


Sunday, September 21, 2014

untuk yang sudah terbiasa di dalam hati 

kita jauh 
jarak kita bukan dibataskan dengan lautan mahupun langit 
jarak kita masih bisa dikira dengan kilometer
aku tahu ini masa yang sangat sukar untuk kita berdua 
kita tak pernah berjauh macam ni
kita tak pernah tidak bertemu muka selama ini
aku tahu itu

kalau mungkin kita berjodoh . 
lama mana tak bertemu 
tidak ada masalah 
jangan kau risau sayang

punya ramai manusia di keliling aku
punya ramai manusia yang hebat di mata aku
aku terdetik untuk rapat dengan mereka
ya tak tipu
tapi tak ada siapa boleh melawan hati
kalau dah hati aku mahu kamu
kalau dah hati aku ingin kau
apa saja aku boleh laku?

mata aku hanya mesin
hati aku adalah perasaan
mesin dan perasaan siapa menang ? 
tentulah perasaan

jangan kau risau

Tuesday, August 19, 2014

"kalaupun aku tahu kau bukan realiti
tetap aku berhias mewangi
berharap kau singgah di mimpi"

-seseorang

Monday, July 21, 2014

ABAH

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum

Sejak dua menjak aku selalu terfikir, aku dan keluarga tak pernah hadapi dugaan yang terlalu besar . kehilangan ahli keluarga . betapa bersyukurnya aku. tika itu aku fikir . macam mana lah hidup aku nanti kalau salah sorang ahli keluarga aku pergi meninggalkan dunia.

dan tanpa diduga . tak terlintas langsung dek fikiran . allah dengar apa yang terlintas di hati ini. dan allah bagi rasa perasaan itu . tuhan maha kuasa . abah pergi mengadap illahi . bagai mimpi . terduduk . luluh jantung . menggigil diri . bila lihat abah di akhir pemergiannya. aku ada disisinya . jauh . sebab aku masih mengharap itu bukan masanya.

abah hembuskan nafas terakhir pada 3.05 a.m pada 20.07.2014 . iaitu ramadhan yang ke 22 . Allahukhbar.
abah sememangnya sakit . banyak sakit . macam macam sakit abah ada . kuasa tuhan . selepas puasa keenam (tak silap) abah ngadu sakit . tak boleh bangun . ajak pergi hospital . abah tak mahu . aku nampak kesukaran abah untuk bangun melawan kesakitan. aku lihat ketabahan mak bantu abah . dan aku ? heboh dengan urusan aku sendii ku fikir itu hanya sakit biasa . :( sampai satu malam . mak tak ada . tugas mak diambil alih oleh aku . abah panggil "dekyang, angkat abah, abah nak g tandas." . aku angkat . dan masa itu . baru aku tersedar . ini bukan sakit biasa . aku rasa ketabahan mak angkat abah. .semakin hari aku perkuatkan bacaan ngajiku . dan rupanya mak beritahu . (selepas meninggal) abah senyum dengar aku ngaji . 13hb abah berjaya dipujuk untuk ke hospital . atas bantuan jiran (doctor) . setiap pagi . sebelum pergi kerja, aku hantar mak ke hospital . balik dari kerja . belikan makanan untuk buka puasa . terus ke hospital sehinggalah jam 11 malam . ulang benda yang sama untuk 4 hari yang seterusnya.

hari yang ke lima . abah dimasukkan ke icu . aku di tempat kerja . terus pecut pergi hospital . aku lihat abah . macam macam wayar ada . sayu . pedih hati . lagi pedih bila aku lihat abah menangis . mungkin tak tahan sakit . atau dia rindu kat seseorang . kali terakhir aku bercakap dengan dia . "abah, dekyang dengan mak balik dulu kejap . nak buka puasa . nanti dekyang ngan mak datang balik." . abah menggangguk . itu kali terakhir dia dan aku bertentang mata . keesokkannya. aku pergi kerja . jam 3 mak call, cakap abah tenat . pecut terus ke hospital . fikiran aku . allah . tuhan saja tahu . aku harap abah tunggu aku

sampai hospital . semua adik beradik dan sedara baca yassin kat luar icu . gugur jantung . aku duk jauh . termenung . harpaan menggunung aku letakkan agar ini bukan pengakhiran . aku masuk lihat abah . tak tertahn dek air mata . gugur lihat penderitaan abah . abah hanya beergantung pada machine dan ubat semata. doc tanya pada kami. kalau jantung berhenti . what should we do ?sma ada nak selamatkan atau redha . sebab abah memang sakit . then mak said . "mak redha"

malam tu . kitorang satu keluarga bergilir gilir baca quran . kali terakhir aku baca dalam pukul 1 pagi . aku tertidur di sisi abah. aku bercakap dalam hati . agar abah dipermudahkan . tak sanggup tengok sakitnya dia . tempatku diganti oleh ayen(abang)

jam 2.40 pagi . aku, mak dan akak tertidur kat luar icu .kami bertiga dikejutkan oleh ayen, "dekyang bangun abah nazak". sepintas kilat aku bangun . terus ke dalam . aku lihat pada machine . semakin turun denyutan nadi . mak mengucap di telinga kanan . ayen di sebelah kiri . akak di kaki kiri . aku dikaki kanan bersebelah bancik . doctor datang . dan abah disahkan meninggal . allah . menggigil . aku dipeluk bancik .

abah dibawa ke bilik mayat untuk dimandikan . aku dan semua balik ke rumah untuk kemas rumah . selepas sahur. aku kembali ke hospital . menyambung kembali bacaan al quran. tak ada rasa gentar langsung untuk duduk bersebelahan abah. walhal aku paling takut dengan mayat.  jam 7 abah segera dimandikan . aku pulang ke rumah . siap sedia untuk terima abah di rumah . aku duduk di bahgian kepala . yassin dibaca . setiap kali orang nak tengok abah . aku bukakan kain .

jam 10.50 abah siap sedia untuk dibumikan . terakhir kalinya aku dan keluarga cium dahi abah . sejuk . wangi . walhal aku paling tak suka bau mayat . tapi bau itu aku rindu hingga saat ini. waktu abah dibawa keluar. waktu itu . hilang segalanya . abah dah tak ada . jatuh . aku peluk along dan akak . allah . sangat dekat masa itu dengan tuhan dan juga keluarga . rasa betapa kasihnya aku pada keluarga aku .

jam 11.30 abah selamat dikebumikan.

AL-FATIHAH

MOHD ALI BIN HASHIM
ABAH


Thursday, June 19, 2014

bila mana kan kau rasa kau manusia terpaling bosan dalam dunia ni

kawan kawan kau semua pergi jelajah dunia masing masing 
adik beradik kau semua dah ada hidup masing masing dengan anak anak masing masing 
mak abah kau meniti hari hari tua derang duaorang . 
boyfriend kau jauh nak mampus 
budak budak kerja kau yang tak sama baya ngan kau (bosan)

kau rasa ????????!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Tuesday, June 17, 2014

untuk yang jauh 730km itu . tak ada lah jauh mana kan 

ingat kali terakhir kita bertemu muka?
acah acah dalam filem saja . aku menangis keluar air mata . tersedu sedu . tutup mulut dengan kedua dua tapak tangan . minta harapan agar itu bukan kali terakhir kita bertentang mata . dan aku terus bergelinang sampai aku dah tak nampak kelibat manusia. 

kau pergi ke arah selatan . dan aku ke arah utara . kita doa sama sama moga moga saja tuhan temukan kita semula . aku tahu engkau baik baik . aku harap kau tak lupa aku . 

aku tahu kau baca tulisan aku ini

kawan 


Sunday, May 25, 2014

masa lampau.
aku menyampah mahu ingat masa lampau
perit dan pahit aku mahu telan
walhal aku yang cipta masa lampau yang macam sialan tu

kadang kadang tu nak ucap kata maaf pun macam dah malas
eh manusia
tak penat ke lakukan kesalahan sama berulang kali lepastu kau ulang kata maaf yang sama
kau tak capek?
bila kau nak berubah

**monolog depan cermin

Monday, May 12, 2014

random


like seriously la kan . benda ni betul betul buat aku rasa macam oo okay . not only me yang rasa benda ni.  ramai lagi rupanya yang ada same situation macam aku.  

so siapa je yang tak suka boyfriend or girlfriend dia post gambar dia cakap i love you semua.  wish good night and whatsoever dalam laman sosial ye dok. confirm rasa macam dihargai nak mampus then rasa ok "he's mine forever and ever." ecehh gitu.  

apa pulak nasib si dara atau si teruna yang partner dia langsung tak post gambar dalam laman sosial . tak cakap i love you kat twitter atau facebook? malah kat facebook tak ada "in relationship" langsung.  mesti sadis kan. 

memula memang la rasa jealous tengok couple couple kat luar tu having a good communication like very very very in love and they show their love kat semua kawan kawan dia. lebih lebih lagi always post gambar berdua dan caption yang dia gila bertuahnya dapat si polan dan si polan.  ramai aa member laki aku buat cenggitu kat girlfriend and yeah sudah semestinya jealous nak mati okay.  

dan alhamdulillah gak aa aku jumpa ayat kat atas tu.  sebab ianya menenangkan aku.   betul gak aa . kenapa biarkan laman sosial korang menentukan tahap infiniti korang bercinta.  kalau dah boyfriend jenis tak suka show off girlfriend memasing terima lah kan.  asalkan in private dia layan korang macam bidadari.  siapa tahu? only both of you.  dont you think that is more romantic? eceh mak enon cakap.  

as a girl yang meningkat remaja.  aku tahu perbandingan dengan manusia sekeliling tu macam satu hobi yang best nak habis.   so secare konklusinya, why not kita bandingkan hidup couple masa kini dan masa dedulu dengan ex boyfriend . haa mesti lagi gempak dan bersyukurnya dapat boyfriend masa kini.  eheh. (macam cakap kat diri sendiri) 

sebenarnya. sekarang ni tengah jealous tengok too many picture of my friend dengan partner masing masing. too many sweetest word they said to their partner.  but ahhh never mind . i can handle it baby.  :) 

Thursday, May 8, 2014

poyo sikit entry ni

tak tahu lah nak mula dari mana. semalam sebelum aku mula tekan button refresh banyak banyak kali lama aku sujud . lama sangat . aku cakap. "tuhan, aku tahu aku pembikin dosa yang terpaling banyak, aku harap kau berilah keputusan yang sama dengan apa yang telah aku  usahakan. kalau boleh biarlah mak bapak aku . adik beradik aku bangga kejap dengan keputusan aku." 

dan ya. kucing aku peneman untuk aku jenguk result aku. 


dengan ini . aku bukanlah lagi pelajar diploma UiTM Pahang, Kampus Jengka, aku bukanlah lagi ahli Majlis Sukan Pelajar UITM Pahang . aku kini mantan . cehh . macam poyo rasa 

aku tahu ramai yang lagi bagus dari ini.  ramai gak aa member member dapat Anugerah Naib Canselor tu.  Tahniah la untuk mereka.  aku sangkut kat part 2 dan 3 dulu. 

well.  after this actually i have no plan.  sudah semestinya la kan aku nak sambung degree tapi nak kerja.  aku nak duit.  nak habiskan bayar duit ptptn tu dulu.  bayar duit kereta. hmmmmm . 

terima kasih semua yang mendoakan.  nampaklah muka mak dan abah aku senyum pagi tadi. haha. adik beradik nak belanja makan. ok la tu.  tetiba terfikir. kenapa dulu sekolah aku bodoh eyk ? haha. 

HABIS 

Wednesday, May 7, 2014

YANG

terpaling rindu dengan manusia 
yang begelar lelaki yang tiada pertalian darah sekalipun. 
yang kalau ada air sembahyang . kalau tersentuh . batal 
yang muka tidak ada iras langsung dengan penulis 
yang tingginya kena pakai kasut heels7 inci baru sama bahu 
yang kurusnya bagai penagih dadah versi handsome
yang hidungnya versi Zizan raja lawak tapi bukan Emma Maembong punya boyfriend 
yang kulitnya hitam ada manis tersirat di wajah. pemanis muka 
yang suaranya boleh gegar satu padang kawad . 
yang hatinya .....(biar aku sahaja tahu) 

yang pasti tahap rindu ini tahap perkataan yang lebih tinggi dari maksimum 

Sunday, May 4, 2014

tiga ratus enam puluh lima


dulu . tiga ratus enam puluh lima hari yang lalu . aku kenal manusia ini . manusia yang dulunya aku kenal tapi buat buat tak nampak . mereka mereka cakap sini sana pasal dia . dan aku "eyk eh le . tah benda yang hensem tah"(konon waktu tu boyfriend aku aa paling handsome)

tahu tak tanpa laman sosial Facebook aku dan makhluk ni mungkin tak kan kenal? terima kasih Facebook . 

tahu tak siapa dia ? 


terima kasih tuhan . bagi pinjam manusia kering kat atas ni . 

terima kasih komander papan sebab layan karenah saya yang ala ala kap ni . 

sebenarnya . malu la . bai

p/s i hope we can counting another thousand days together. love . 




Saturday, March 22, 2014

aku nak chow ni

bismillahirrahmanirrahim
assalamualaikum

short entry i guess

okay . sekarang aku sedang berhempas pulas sambil minum nescaffe untuk berjaga malam bagi persiapkan diri hadapi final exam yang akan bermula pada hari isnin ini . dan aku sangat takut sebab mengikut kepada firasat aku . soalan agak susah . dan ianya bukan agak lagi . tapi memang dan aku masih 50% bersedia . lagi 50% tah hilang mana

jadinya aku harap . kamu kamu kamu yang membaca entry yang tah apa apa ini . doakan aku dapat berjayanya menjawab kesemua empat kertas soalan ya . moga allah balas jasa kalian doakan aku :)

aku sudahpun menutup kesemua laman sosial . (kecuali instagram) dan aku akan kembali in syaa allah pada petang 10hb empat .

babai .

chow

xoxo

Wednesday, March 5, 2014

sampai habis nyawa aku tetap sayang
sampai habis nyawa aku akan pertahankan
sampai habis nyawa aku tepati
sampai habis nyawa aku tetap dengan kamu
sampai habis nyawa aku ingin kamu
sampai habis nyawa

itupun dengan izin tuhan

tapi

aku masih mahu dengan kamu .
masih dan takkan pernah aku tukar kamu dalam hati ini

tidak akan sayang
doa aku ada selit nama kamu
setiap hari . setiap lima kali waktu
selepas keluarga kamu yang kedua aku titipkan

dan sampai habis nyawa aku mahu doakan

aku lihat .
aku perhati
aku rasa .
tapi aku tak nak sembang
aku mahu teruskan tapak aku menuju medan yang dah lama kita idamkan
sebab aku sayang

Monday, February 24, 2014

kisah a . b .c

a kata b kat c, b kata a kat c, c kata a kat b .
tiba tiba d dengar semua kata kata
d pun cerita cerita kat semua
api api sampai berapi semua
sebenarnya wujud ke hubungan yang tak berkata kata ni

ke ni semua kisah perempuan
lelaki tk macam ni rasanya
kalau ada pun . segelintir cuma
aku pun sama je dalam kisah ni
acap kalai sangat aku lupa
masa aku tengah berkata perihal manusia
aku lupa
manusia juga sibuk bercerita perihal buruk aku

ya buruk
cacat merba menusia akan tetap jadi
bahan cerita yang paling gahnya

kesian
cacat kau
hilang semua cantik
hilang semua handsome

tapi
jangan la kau salah dunia
sebab asalanya kau terikut dengan dunia
serious weyh
dunia dan tuhan tak pernah salah bab ni

Sunday, January 26, 2014

dunia ni macam nak runtuh
macam macam berlaku
kadang kadang terfikir
apa jadi lepas dunia dah tak ada
eh takutnya
persiapan 0.1 pun masih belum ada

tak lama lagi

bismillahirrahmanirrahim
assalamualaikum

tak lama lagi dah pulang ke tempat asal . tempat di mana kita bebas dari peraturan . bebas dari peraturan universiti teknologi mara , pahang, kampus jengka.  tapi peraturan dunia masih lagi kekal . takkan pernah hilang hingga mati .

dan selepas itu . pasti akan terikat dengan peraturan lain . misalannya peraturan di tempat kerja .paling tidak pun peraturan di alam universiti lain . haih . bagaimna agaknya rasa keluar dari kawasan ni dan terpaksa mengadap dunia luar . adik beradik semua dah punya keluarga . mak abah dengan dunia mereka meniti hari hari hari tua .terpaksa berdiri atas kaki sendiri . berbekalkan tah berapa ribu punya pengalaman dan pengetahuan moga saja aku mampu harungi liku liku cerita dunia ini . hm

s

Wednesday, January 15, 2014

bahagia dan duka

kita cetus bahagia .
tanpa sedar diri sendiri pencetus duka 
kenapa cari bahagia 
kalau masih sedar diri masih belum punya kekuatan untuk terima duka 
walhal kita dah tahu 
kebahagiaan di dunia bukan suatu yang mutlak 
pasti akan ada duka . 
pasti jangan disangkal 

kenapa dipersalahkan orang lain bila kita duka 
padahal bila putar balik cerita lama 
kita penyebab utama duka itu datang 
tanpa sedar ataupuu 
saja tak mahu salahkan diri sendri 
kenapa ? ahh kau tahu jawapannya 

senang nak cari bahagia ?
bahagia sebenar bagaimana ?
bahagia ke kalau gelak terlolong sana sini 
sedangkan dalam hati ? kosong tanpa setitis rasa bahagia 
mungkin hanya aku seorang yang rasakan

aku tak cakap aku tak bahagia 
dan aku tak cakap aku duka 
kerana setiap hari bahagia dan duka akan datang tanpa diundang 
ahh perempuan biasalah kan :)

moga sahaja kamu semua bahagia 
dan ingat jika ada duka 
duduk - tenang - ingat ayat aku
"diri sendiri cipta duka itu, tak apa dunia kan berputar nanti dia bagi lah balik bahagia." then smile . easy :) 

sebenarnya pokok pangkal sekarang . 
positifkan diri anda . 

**menaip tanpa berfikir . ayat keluar tanpa perlu fikir apa yang perlu ditaip . sekarang pukul 1:40 pg dan selamat malam semua . 

Sunday, January 12, 2014

kadang kadang manusia perlu bersendiri 
bersendiri dari segala jenis manusia 
cari apa sebenarnya yang kau mahu dalam hidup 

aku hampir putus asa 

aku mahu hilang dari semua . 

assalamualaikum

Saturday, January 11, 2014

tidak tahu siapa berpenghuni

blog ini .
aku hanya hadap bila aku rasa aku mahu menaip sesuatu yang tak mampu diutarakan
aku tak tahu siapa yang membaca .
bila ratenya menaik . aku tahu ada yang sedang membaca
dan terima kasih untuk bacaan itu .
biarpun aku tak kenal siapa kamu
mohon jangan pertikaikan
setiap patah perkataan yang kau lihat
aku hanya menaip
menaip dengan penuh perasaan
berjuta satu perasaan
dan andai kamu rasa apa yang aku rasa
terima  kasih
andai tidak tahu apa apa
diam dan teruskan membaca jalan cerita gadis 21 tahun ini .

sekian

mimpi yang tak pernah sudah

mimpi
aku tidak tahu
mengapa dan apahal
mimpi itu datang .
cerita yang bersambung .
setiap kali mimpi .
terdapat jalan cerita yang menakutkan hati
bangun
lalu ada butir butir air di mata
kenapa ?
mungkin terlalu memikirkan
mungkin terlalu takut
takut mimpi itu datang pada realiti
dan mimpi itu saja datang nak mengganggu tidur lena aku
acah permainan
persis game dota
wahai mimpi
tolong berambus
aku tak mahu kamu datang terjah
tolong berambus
bilang aku
aku mahu persis seperti izzah
izzah di dalam ombak rindu
kerna aku tahu
kebahagiaan untuk yang paling tersetia .

sabar .
ini baru permulaan

Friday, January 10, 2014


sometimes 
i cannot run for this feeling 
feeling of what ? 

as a human you know 


Tuesday, January 7, 2014

i will stay

why i'm too scared
why i'm too love
why i don't want to lose you?
because i want to keep my promise
promise for myself
i will loyal to my next
whatever it is
whatever happen
 i will stay .
no matter how hard it is .

Monday, January 6, 2014

aku mahu jerit .

jerit sekuat alam

JANGAN AMBIL DIA !

dan itu hanya dalam hati .

dan menangis .

lalu tidur ulit mimpi seram

tanpa siapa .

tuhan . bantu aku .


ini bukan cara aku
melalak terhuyung hayang pertahankan medan aku
tapi
selagi aku boleh bertahan aku bertahan
siapa pun datang aku sebat
dia medan aku
medan kasih sayang aku
kalau dulu aku bisa bertahan segala duri duri
takkan mungkin kali ini aku mahu mengalah ?

aku akan pertahankan hati ini
untuk terus setia
untuk terus menjadi kekasih


tuhan
kalau mungkin dia akan pergi
aku mohon .
biarlah dia pergi bila aku dah mampu untuk dia pergi
tolong jangan biar aku lihat dia pergi
bila aku masih mahu tersenyum bahagia
aku mohon ya .


sudah aku bilang pada hati . jangan terlalu sayang . jangan terlalu taksub dengan cinta yang ada di dunia 
aku degil . aku ikut kepala . konon remaja lah kan? 

tahap suka aku sudah bertukar sayang .
dan aku tahu tahap sayang ini sudah melebihi tahap dia 
dan bila tahap itu sudah sampai tahap maksimum
aku ditimpa malapetaka yang tah datang dari mana
sialan doh bila kau sedih seorang diri .
rasa macam damn habis 


aku tengah sedih
aku tengah menangis .
 menangis tanpa siapa pun sedar yang aku menangis
aku menangis sambil dengar lagu "aku menantimu".
apa yang aku menanti ?
aku menangis dan aku terus taip tanpa henti
ini tulisan aku .




Friday, January 3, 2014

respect please

i know
he's not fully mine
he's just my boyfriend . 
but can you find others?
respect please
can you ?