"aku punya satu seribu juta impian."

Saturday, September 28, 2013

kata ahad pagi

aku takut untuk letak 360 darjah kecintaan dan kesayangan pada manusia yang berada di keliling . 
kawan . sahabat mahupun lelaki . 
tahu kenapa ? 
aku takut untuk kehilangan . 
sudah berapa ramai aku hilang ?
mati dunia . mati hati . 
keduanya sakit . 
punah . tenat . 
aku yang rasa . aku yang alami . 
kau tahu rasa kehilangan ? 
aku tahu . semua pernah rasa sebab tiada apa di dunia ini yang kekal buat selamanya . 
yang Satu itu maha adil . 
dari dulu . 
aku tahu dia perancang yang tiada tolok tandingnya . 
sekarang ini . 
aku tak sabar untuk tunggu apa rancangan yang Dia aturkan . 
aku tahu lagi manis dari kopok supering . ==' 

aku hawa

aku bukan punya dia
begitu juga dia
dia bukan punya aku

tapi

aku hawa .
cemburu itu pasti ada

jadi tolong hormat
kebahagiaan aku .

Thursday, September 26, 2013

lemas

aku separuh gila 

aku bebel seorang diri 
mencari jawapan di setiap salah dan silap 
aku titiskan air mata
untuk perkara 
yang aku tak terfikir langsung akan jadi sebegini rupa 

aku jatuh lagi 
kali ini mungkin bukan jatuh bertubi tubi 
tapi sakit dia 
ibarat jatuh lemas kat laut . 
lemas mati terus . 

mubastik gila 




Monday, September 23, 2013

..

Bismillahirrahmanirrahim
Asslaamualaikum

"nothing left here except Allah and my study."

and you of course

aku diperingat . "ingat ika, allah takkan menguji hambanya kalau hambanya tak mampu, allah sayangkan kau dan ini dugaan , kalau kau terima dengan hati yang redha, itu bermakna allah sayangkan kau."

aku percaya di setiap kata-kata ikhlas. aku yakinkan diri aku . aku sabarkan hati aku . aku tenangkan jiwa aku . biar aku gugurkan air mata . biar . sebab sampai masanya, semangat aku akan kembali pulih. aku masih punya keluarga . keluarga . ya .

berat . punah . sakit . teruk .

aku hanya berserah . serah sepenuhnya pada Dia . aku mahu Dia yang bagi jawapan . aku mahu Dia yang tentukan . aku mahu Dia .


Tuesday, September 17, 2013

mimpi semalam si perempuan

semalam aku mimpi
aku bangun
untuk lihat mimpi itu
dusta atau benar

dan

mimpi itu indah belaka .

aku mahu mimpi itu kembali
aku mahu mimpi itu semula
aku mahu terus diulit mimpi
aku mahu dunia ini mimpi

biar .



nukilan si senja aku

hai

aku faham
aku mengerti .
aku tahu apa makna di sebalik tindak dan tanduk

aku
mula rasa sesuatu yang janggal .
tidak
aku cuba untuk tepis segala iblis menerjah .

aku suka pekakkan apa yang aku terjah di hawa telinga
aku suka butakan saja apa yang terpancar di jendela mataku
aku suka bisukan apa yang mahu aku tuturkan

kau tahu kenapa ?

sebab aku mahu ini medan aku yang terakhir .
biarpun medan aku ini mungkin hanya aku yang mengangkat senjatanya .
tidak mengapa
aku tahu aku berlawan dengan siapa.

kau faham apa yang aku bilang ini?
kau jadi aku dan baru kau fahami.

bye

Saturday, September 14, 2013

hye dunia

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum

rata rata hidup aku kini bagai dicemburui dengan masa . terkejar sana sini . nasib aku tak pakai hills . kaitan. 

alhamdulillah . syukur ya allah . event OM Merdeka Race : Explore your Brain telahpun berlangsung dengan lancarnya . aku sebagai pengacara majlis , telah menjalankan tanggungjawab aku dengan habis mungkin . yyaaa . maybe ada salah sini dan sana . tapi this is my first time .so chillax . janji participant happy 

so this is a few of our best memory . 











ini adalah sekitar majlis . alhamdulillah . alhamdulillah . Allah menolong kami . maaf kalau ada salah dan silap ya .  


hehehe . gambar gua tak banyak . al maklumlah . pengacara majlis tak comel . mata bengkak sana sini . hehe. 

itu cerita event d'intelecto . 

tak lama lagi . khamis malam nanti . ada event Tanglung Night . dan sekarang aku tengah buat montage untuk event tersebut . disebabkan tiada pengalaman so ala kadar je . diharapkan . event tersebut juga berjalan dengan lancarnya . semuanya demi markah . hihi .

itu perihal di tapak universiti .

tak lama lagi . lagi 2 minggu kot . dewan peperiksaan akan berdating dengan saya selama 2 hari . 
doakan saya ya . walaupun hidup penuh dengan senyuman tika ini . tapi stress tetap ada . 
malas la taip panjang lagi . bye

:)