"aku punya satu seribu juta impian."

Sunday, March 31, 2013

keep calm

"take your wuduk  and perform your solat"

the best way to keep you calm .

nak kata homesick . mungkin
nak kata rindu . siapa
nak kata stress . kemungkinan besar .
nak kata mengada , betul juga
nak kata .

tabah hati . sabar hati . sabar sabar sabar .
ini ujian hati yang allah bagi . sabar okay , sabar .
peringatkan diri yang allah sayang orang yang sabar ,





Friday, March 29, 2013

frust

assalamualaikum 

putus asa . 
kecewa.

tidak berbaloi tapi cuba untuk redha dengan apa yang allah bagi . 

another 3 paper . 

bergantung pada doa 
bergantung pada usaha



Wednesday, March 20, 2013

peperangan di medan DSG

bismillahirrahmanirrahim
assalamualaikum semua 

sukacita dimaklumkan bahawa peperiksaan akhir bagi semester november 2012-april2013 akan bermula pada 27hb 4 2013 . minggu belajar akan bermula . ini formal 

dukacita dimaklumkan . bahawa sepenuhnya saya tidak ready untuk menapak ke Dewan Sejuk Gila tu untuk ambil exam . bermatian untuk peperiksaan juga tidak mampu lagi . ouh . kenapa cakap macam ni . 

balik semula

doakan saya untuk buat terbaik dalam final paper nanti . physical masih belum ready .mental masih di awang awangan . buku masih belum terbuka . nota masih belum tercatit . ingatan masih belum dipenuhi . ilmu masih tercari cari . carry mark masih belum keluar .

doakan saya dan kawan kawan semua dapat buat sehebat mungkin

nah . untuk tatapan sebelum pergi berperang . harap kembali dengan wajah gembira . 
jangan lupa doakan . mungkin doa awak semua termakbul .



semoga kita tabah hadapi cabaran . 


semoga kita berempat berjaya hendaknya



semoga saya dapat apa yang saya inginkan . 


mohon rindu wajah ini . hehe 

assalamualaikum . xie xie . gud luck . in syaa allah . we can do it . 



  

Tuesday, March 12, 2013

unexpected mistake

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum

hari ini guna aku

aku buat salah kat orang tanpa aku sedar kadang-kadang . bila mulut dah mula berbicara . kadang-kadang aku akan cakap benda yang aku tak terfikir nak cakap . senang cerita . cakap tanpa guna akal .yakni . matlamat percakapan . objektif percakapan, tujuan percakapan dan kesan percakapan . (apahal)

orang selalu cakap . sebelum buat atau cakap sesuatu benda tapis dengan minda terlebih dahulu . tapi kalau aku dah mula bercakap . minda automatic tak nak berfungsi . apahal . kesan . aku tanggung . sebab bercakap ikut sedap mulut . buat ikut sedap rasa .

aku sedar .aku mudah gaul dengan sesiapa yang baru aku kenal . aku sedar mulut ku lantang walaupun baru beberapa saat aku kenal orang itu . itu kelemahan aku .dah lama sangat aku sedar benda tue . tapi acane aku nak ubah kalau benda tu datang sendiri . kalau boleh halau dah lama aku halau . tau tak .

aku bersyukur (alhamdulillah) aku ada sahabat yang lantang bercakap bila aku buat salah . memang la kenkandang rasa malu bila dia tegur salah aku . tapi apalah sangat kemaluan (malu) tu bila dibandingkan orang benci kita ? betul tak . jadi .kesimpulan . terima apa yang orang cakap tue . betulkan . dan avoid it . faham norli ? (angguk)

to readers . (kalau ada)
ni aku nak bagitau . amaran terakhir untuk semua yang kenal aku . amaran .

korang kalau aku ada sakitkan hati korang . walau sekecil zahrah mana pun . walaupun setitik mana sekalipun . tolong bagitau boleh . i will open . terbuka dalam bahasa melayu ni . tolong lah. kalau malu cakap kat hot stuff macam aku ni (mintak kaki) korang mesej . nah no (019mintak sendiri) . kalau korang tak tegur mana mungkin aku nak tau salah aku ????? faham tak !!! :) muah .

nasihat berguna dari aku .
orang tegur terima jangan melenting . full stop .


"salah ke cara pegang rabbit ni ? oh i'm sorry . lain kali insyaallah tak buat lagi . terima kasih ye"


i love you . 
xie xie :'*




Saturday, March 9, 2013

bicara tentang kematian .

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum

terlebih dahulu al fatihah untuk arwah Abdul Halim Ong (ayah salah seorang sahabat) dan juga semua pejuang tanah air yang telah kembali ke rahmatullah .

 tak tau kenapa lately ni . telinga ashik dengar orang meninggal dunia . gerun rasa . meremang bulu roma . walaupun tak kenal , tah kenapa hati ini sayu sangat bila kenangkan macam mana lah perasaan ahli keluarga arwah hadapi ujian allah ni .

allah ada bagi hint sebelum seseorang itu dijemput untuk menghadapNYA . contohnya , seorang sahabat saya, baru baru ini ada cakap yang dia teringin sangat nak belajar uruskan jenazah . tup tup belum sempat belajar, ayah dia meninggal . mesti ralat , sebab tak dapat uruskan jenazah ayah sendiri . :( hint ke 2, dia terdetik nak balik kampung hari jumaat , sebab birthday mak dia . dan ayah dia meninggal hari sabtu. kalau saya jadi dia , nangis berduyun . dan cuba bayangkan perasaan hiba mak dia ? ya allah . sedihnya .



ya allah . tenangkan lah hati keluarga mereka yang kehilangan orang yang mereka sayang . berikan kesabaran yang tinggi untuk meneruskan kehidupan ini . juga, kau tempatkanlah orang orang yang telah pergi bersama dengan orang orang yang beriman . ampunkanlah dosa dosa mereka . 

takziah untuk keluarga johan .



Tuesday, March 5, 2013

kata kata

jangan jadi manusia yang mudah termakan dengan kata kata .

jangan jadi manusia yang mudah lemparkan kata kata yang hanya buatkan orang lain berkata-kata , walhal kata-kata itu hanya dusta .

senang cerita . jangan jadi gunting dalam selimut
senang cerita . jangan jadi talam 14 muka

Friday, March 1, 2013

dosa tertanggung

bismillahirrahmanirrahim
assalamualaikum .

sekarang ni jam menunjukkan pukul 1.41 a.m . agak lewat ye anak anak . bukannya buat apa pon . tak boleh tidur . sebab petang tadi dah tidur . apa nak jadi tah tidur waktu asar .

dosaku

ahh . cakap mengenai dosa . kalau dikumpulkan , belum tentu dapat menangani gunung evrest tu . banyak kan dosa .

nikah

woi . siapa tak nak nikah habak maih kat aku .. nak tau tak dulu . kalau orang tanya , saya bila nak nikah . mesti saya cakap saya nak nikah umur 28 lepas beli rumah, lepas beli kereta , lepas dapat kerja tetap . sebab tak nak terlalu harap pada lelaki . itu dulu . dulu . tapi sekarang . asal boleh nak nikah awal . sebab, baru saya sedar . dunia ini terlalu banyak dugaan yang menyebabkan kita ini terikut hawa nafsu terutama zina . nauzubillah .

apa kena mengena dosa dengan nikah . ?
macam biasalah kan . kan saya dah cakap semua perempuan dalam dunia ni pantang nampak lelaki . begitu juga sebaliknya . kekadang saya rasakan, lelaki lah penyebab utama yang menghalang saya terus kepada allah s.w.t . esh esh esh . hina nya lahai saya ni kan . so jalan penyelesaian . nikah . kah kah kah

tapi

untuk lelaki yang kat luar tu kan? korang ready ke nak nikah ? ready !! korang ready ke nak tanggung dosa bakal isteri korang ? tut . tut . tut . hah . tanggung dosa . fuhyooo . bapak besar gila tanggungjawab lelaki . tanggungkan dosa woi . jangan memain . untungnya perempuna

so

para wanita . kalau korang sayang bakal suami korang . siap sedia untuk menjadi isteri yang solehah yang menyenangkan hati si suami . untuk bakal suami . persiapkan diri korang untuk mengajar bakal isteri menjadi ornag yang diredhai allah . supaya nanti dapat lahirkan anak yang soleh dan solehah . dan juga dapat bersama sama duduk dekat syurga allah .



jap jap . apahal aku cakap benda ni ? malu gila -.-