"aku punya satu seribu juta impian."

Tuesday, February 26, 2013

apa nak jadi ini

bismillahirrahmanirrahim
assalamualaikum

"kan aku dah cakap . berubah tu susah . selagi aku tak nikah . selagi itu aku banyak kali lakukan zina mata. zina hati, zina telinga, zina macam macam yang kaitannya tidak lain tidak bukan sebab lelaki" .

**ungkapan yang sering saya ngomel sorang-sorang lepas saya buat sesuatu yang dosa

persoalan . demi persoalan . demi persoalan . kenapa kena macam ni ? bila dah ada yang membantu , kita tetap pilih jalan yang hanya menginginkan keseronokan duniawi semata ? kenapa eyk ? padahal tekad gila nak berubah jadi baik dari dedulu . kenkadang rasa macam . esh apa benda aku buat ni . asal aku buat . esh apa benda nak jadi ni . ya allah . haa! baru ingat allah . agak agak la kan . if we do a same thing, allah maafkan? hish mula lah takut kan allah dah tak sayang kita kan? nauzubillah . banyak nya dosa .

kalau dosa kecil tapi buat selalu , bukan dosa kecil . dah jadi dosa besar dah tu .
tapi
kalau dosa besar buat kadang kadang dah jadi apa dah tu ? ya allah . apa nak jadi ni .

penzinaan .
bukan lah zina besar sampai buat anak tu . zina yang kecik kecik . ala lumrah la kan . student perempuan .kalau tengok lelaki ensem sikit, lelaki macho sikit . lelaki sweet sikit . dah memang kena tengok 2,3 kali la . tue dah zina mata dah tu kalau ada niat lain . orang kata dari mata turun ke hati . dah ashik pandang je . takke nanti terjatuh pulak kat hati .dah zina hati . haish . apa nak jadi ni .

boleh tak kalau nak cakap . saya nak belajar jadi seorang perempuan/gadis/wanita yang ada ciri ciri keibuan dan keisterian . :) sebab apa . sebab saya rasa . saya rasa . gila apa . saya nak belajar memasak . saya nak belajar sukakan budak budak . saya nak belajar kemas rumah . dan yang paling penting . belajar jadi perempuan yang lebih berakhlak . amin kan .

orang kata lah . "be yourself" . tapi . saya macam rasa . jap . katakan lah . kita jadi diri kita . diri kita pulak tak suka macam macam benda yang baik . then still we want to "be yourself" to get a better life ? not right ? for me lahkan . better we change ourselves to get a better life . cari lah mana mana idol yang dapat dijadikan contoh terbaik . tak salah nak tiru yang baik baik . macam kita ikut sunnah Nabi s.a.w. :)

sebenarnya apa cerita sebenar ni ?




cerita dia sebenarnya 

mana lah bakal imamku ini . tak nak datang merisik . kurang sikit dosa zina aku kalau dah bersuami nanti . ya allah gatalnya :p

Thursday, February 14, 2013

coretan ##

bismillahirrahmanirrahim
assalamualaikum


like seriously . saya tertarik gila dengan image ni . sangat tertarik . 

saya bukan pemakai tudung labuh . saya juga bukan penutup aurat sempurna 100 peratus . cuma saya sedang berusaha untuk ke arah itu . alhamdulillah . saya dikelilingi dengan mereka yang sangat baik . tak ada lah baik sangat . tapi lagi baik dari saya . saya akui dalam dunia ini, kita semua mahukan yang terbaik . dan kita mahukan sokongan yang memberi kita semangat bukan melemahkan semangat kita . 

haha . seriously . kadang kadang bila saya taip benda benda macam ini saya rasa macam .eh layak ke aku nak tulis cenggini? agama lintang pukang nak cakap cengini . tak confident langsung . tapi tah lately ni nak je tulis benda benda macam ni . nak kata ikut trend . tak ada lah pulak . tah lah . tah . tolong faham saya tak tahu kenapa saya macam ni . layan ka aja ye 

tu je la kot 

selamat malam . terima kasih . 

Wednesday, February 13, 2013

say it alhamdulillah

bismillahirrahmanirrahim
assalamualaikum

alhamdulillah . alhamdulillah .alhamdulillah


terasa allah sangat sayang pada saya bila salah satu permintaan saya termakbul . saya tak minta kaya sekaya bill keith, saya tak minta cantik secantik lisa surihani . saya tak minta kurus sekurus elfira loy .

back

saya cuma minta agar allah lembutkan hati sesiapa saja yang membenci saya . sesiapa saja yang pernah kena maki dengan saya dulu . saya tak pernah lepas untuk minta agar allah lembutkan hati dia . dah alhamdulillah . agak lama saya tunggu allah kabulkan doa itu . dan malam ini malam kami . eh . walaupun bukan seperti apa yang saya harapkan. tapi saya tahu ini jalan terbaik yang allah berikan untuk kami yang bergelar sahabat . :)

saya tahu allah itu maha adil .saya tahu allah itu perancang yang sangat bijak . saya tahu allah palitkan sedikit kerisauan, sedikit keraguan, sedikit permusuhan, sedikit persengketaan di setiap kebahagiaan . sebab mungkin kita terlupa kat allah masa kita tengah dok happy happy kan . so allah panggil kita . muhasabah jap diri tue . lagi satu , allah nak ingatkan kita , yang setiap yang bertemu pasti akan berpisah . orang di sekeliling kita . tidak kira lah mak ke ayah ke . kawan ke. suami ke . bukan hak kita . hak allah. allah pinjamkan je untuk lengkapkan hidup kita  . bila masa orang tu tinggalkan kita , kita kena yakin, yang ada lagi orang yang allah nak kasi kat kita .

yakinlah . allah ada dengan kita . sesukar mana pon kita . Dia takkan uji di luar kebatasan kita

berdoa selagi nyawa masih ada .

**bukan nak jadi baik atau nak jadi ustazah . cuma saya terlalu bersyukur dengan apa yang allah bagi malam ni . alhamdulillah .


Monday, February 11, 2013

wanita tabah

bismillahirrahmanirrahim
assalamualaikum

hai . lelambai . saya tak pernah cerita perihal keluarga saya bukan? bukan sebab saya lupa atau saya malas atau saya geli . eh . tapi ala biasa lah . saya kan anak terakhir dalam keluarga . apa kena mengena . okay sebenarnya saya ini ego . ala biasa lah tu . macam korang tak ego pulak dalam keluarga en ?

wanita tabah

berbalik pada tajuk entri . wanita memang sangat tabah . semua wanita tabah walaupun ada kalanya mereka ada juga jatuh di tangga bertubi tubi . tapi tak ada sapa pon sangka dia mampu berdiri dengan kakinya sendiri tanpa bantuan manusia yang bernama lelaki . mungkin ada . mungkin tiada . lelaki hanya mampu memberi kata semangat dan membuatkan wanita bersemangat . tak akui okay . ada juga perempuan yang bergantung harap pada lelaki . tapi . tapi . itu perempuan . yakni yang masih belum matang lagi . yang masih belum kenal erti kehidupan.


dia adalah seorang wanita . eh memang lah . dah tua dah pun .kah kah kah . dia emak kepada enam orang anak . dan isteri kepada satu orang suami . kira teror la tu kan . walaupun sorang je suami ah kah kah. umur dah nginjak 60 something . tengok dah tau kan . kah kah . kenapa aku gelak . sebab aku ego nak cakap sweet sweet ini . kah kah kah .

dalam rumah dia adalah wira . wirawati sebenarnya . yelah . balik je semua anak anak . semua pangil mak mek mak mek . eh aku pon tensyen . itu sebelum ada menantu . bila dah ada menantu . ada cucu pulak . haishh . nenenenenekeneeneeneekkkk . eh . serabut . tapi dia . tak pernah cakap serabut . marah tu adalah . hehe . eh biasalah . manusia woi .

eh banyak sangat benda kalau nak cakap pasal makcik ni . hehehe . biarlah aku dan keluarga saja yang tahu

yang penting dia adalah emak aku . emak . emak .emak . bukan ibu . haha .


yes . i know i cute . puihhh . rahsia kecantikan? tanya lah emak . dia yang lahirkan saya . walaupun sekarang saya lagi tinggi dari emak . lagi lawa dari emak . 
well . 
jom kahwin. tiba . 

doaku

ya allah .

jika zina menghalang aku untuk menjadi yang lebih baik
percepatkan lah urusan jodohku .
dengan dia yang engkau pilih

rapatkan aku dengan dia yang bakal menjadi imamku
jauhkan aku dengan dia yang hanya bersifat sementara

jika dia bukan untuk ku .
pisahkan kami dengan cara yang tidak menyakiti
tapi jika dia untukku
kau kuatkan hati kami untuk lawan nafsu kami


*********************************************************************************
aku tahu nikah itu bukan perkara yang main main . tapi kalau nikah tu jalan penyelesaian . aku mahu nikah awal . siapa ? aku pun tak tahu .


Wednesday, February 6, 2013

them 2

assalamualaikum
bismillahirrahmanirrahim.

just only a post that make you know i'm still alive in this world.


saya tak pernah mention roomate saya . ashik classmate je kan . kesian dorang . padahal tidur sesama . makan sesama . mandi sesama . stay up memalam sesama . sesama la kita sama sama . so now i let you know who is my roomate. well ada tiga semuanya untuk semester ini . dayah is the pendek one, free hair , and got a sepet eyes . ada kacukan cina . sangat teror mandarin . untung . next is wawa , someone yang suka gila makup . the bambam one, left side. last is ezreen . lebih kurang badan macam saya tapi hakikat dia lagi kurus . depa sangat baik . cakap main lepas kalau tak puas hati . no heart feeling . i love you. 

every semester, i got new roommate . my new experience . before this i tak pernah kenal dorang . tapi bak kata orang tak kenal maka tak cinta kan . masa mula mula tue ada gak la nak tukar bilik . tapi kitorang tetap stick dalam bilik ini . and alhamdulillah . so far so good =) dorang la kesian sikit, kena dengar saya bercakap 24 jam =)


itu je nak cakap . kurus tak kita . ? =)



Friday, February 1, 2013

favourite song forever

kau mahu apa pasti kan ku beri
kau minta apa akan ku turuti
walau harus aku 
terlelah dan letih
ini demi kamu sayang
aku tak akan berhenti menemani dan menyanyangi 
hingga matahari tak terbit lagi
bahkan bila aku mati
ku kan berdoa pada illahi
untuk satukan kami di syurga nanti . 
tahukah kamu
apa yang ku pinta 
di setiap doa sepanjang hari ku
tuhan tolong aku 
tolong jaga dia
tuhan aku sayang dia 

it's just a song . 

diet vs fitness

bismillahirrahmanirrahim

aku tahu apa yang akan aku taipkan ini akan mendatangkan kemarahan yang paling gahnya di antara mereka yang mengenali aku .

dengan nama allah lagi maha penyanyang , aku mohon jangan ada yang cakap aku gila . hilang akal . pendek umur . dah nak mati .atau seangkatan sumpah seranah .

jeng jeng jeng

kata orang hidup ini perlu bersyukur dengan apa saja pemberiannya . tidak kira pemberiannya itu bersegi kewangan, rezeki malahan fizikal . fizikal itu adalah hadiah allah untuk para hambanya yang disayanginya.  sebagai seorang muslimah yang ehem, semua orang inginkan kecantikan yang asli tanpa ada sebarang calitan solekan.  tapi tak semua bernasib baik. ada je kaum hawa yang terpaksa menepek sana sini untuk menyorokkan apa yang tersembunyi iaitu capital J . bagi aku , itu tidak salah . sebabnya semua perempuan nak cantik . semua perempuan akan rasa rendah diri kalau dia diri sebelah perempuan yang cantik, putih, hidung mancung, kulit licin. so do i . honestly ini semua adalah disebabkan ketidak confident diri sendiri.

alhamdulillah, aku masih bersyukur dengan apa yang allah telah bagi kat muka ni .ada orang salu tanya muka bersih tanpa ada jerawat . then aku akan cakap . walaupun kau ada jerawat tapi kau kurus, kau hidung mancung, mata kau cantik . so conclusion . allah bagi sama adil . bayangkan kita ni perempuan yang perfect . cantik fizikal yang teramat tapi hakikat dalaman nauzubillah . nak ?

rasa dah lari tajuk .

ramai cakap aku ni dah kering . dah cukup kurus . dah cukup sempurna . ahh konon . aku bukan tak bersyukur . cuma ada beberapa bahagian yang aku tak berapa nak gemar . drumstik . ya . that one . then, my perut dan juga lengan. lagi sekali aku cakap aku bukan tak bersyukur . cuma untuk kepuasan . aku pun amalkan lah diet . dah. sebulan dah kot  . tah .



here we go . hm . yang atas adalah makanann favourite aku iaitu sambal terung . bawah dia tempe + kentang + kacang + ikan bilis (apa nama tah) kat DM popular . (hehe) yang lagi satu tu kubis goreng . baru baru ni je biasakan diri makan sayur . okay . ketiga tiga ini adalah lauk wajib . bersama nasi . lunch hour . but be sure nasi yang diambil itu haruslah sedikit . less than 15 suap . amacam gila ke .takkan 

**aku akan ambil ayam atau ikan pada hari sabtu dan ahad . ayam itu haruslah dibuang kulitnya . =)


atas ini adalah sampingan untuk energy barangkali .sebelum pergi kelas, aku paksa diri untuk minum segelas susu everyday . sedap .  malam hari pula kebiasaannya aku akan minum segelas teh (gula kurang) dengan biskut crackers tu . petang pula aku akan paksa diri ini untuk jogging for 1 hour 3 kali pusingan uitm . berapa km tak kira pula . dah be sure MINUM AIR MINERAL dan JANGAN MINUM AIR SEJUK YAKNI AIR BATU . kalau nak perut buncit minumlah . 

**

ayuh jogging dan sihat kan badan . apa apa pun pasang niat yang betul okay . jangan nanti lepas dapat badan yang tip top mula tanggal tudung, pakai ketat-ketat sebab nakk tunjuk body . nauzubillah . minta jauh . anggap je nak kuruskan badan ini sebab nak puaskan hati sendiri . eh standard la . pompan mana tak nak kurus, pompan mana tak nak putih . kalaulah jogging tue boleh putihkan kulit muka, fewww . lagi kuat aku jogging . 

salam (norlishafikah)