"aku punya satu seribu juta impian."

Monday, January 14, 2013

sinopsis cinta high class

bismillahirrahmanirrahim

semalam harinya, bersama sekumpulan mawar merah . pergi menuntut secebis ilmu di sebuah pondok usang .   dengan niat . mendengar , meneliti dan memastikan segala apa yang kita lakukan sebelum ini ada kalanya salah dan ada kalanya betul . tajuk semalam "cinta high class"

semua kata kata dipetik dari seorang penceramah bebas

kita lebih mencintai dia atau Dia?
kita lebih menghargai dia atau Dia?
kita lebih setia dengan dia atau Dia?
kita lebih hormat dia atau Dia?
kita lebih patuh dengan dia atau Dia?
dan sebagainya

kenapa darjat cinta kepada manusia lebih tinggi dari darjat cinta kepada maha pencipta kita sendiri?
kenapa kita lebih suka cinta manusia berbanding cinta yang maha agung? sedangkan cinta manusia boleh dibuktikan dengan pelbagai hadiah yang hanya bersifat sementara . walhal, hadiah yang diberi sang pencipta bersifat selama lamanya dan tak pernah pudar sama sekali

pernah nangis sebab kena curang dengan kaum adam tak ?
pernah nangis sebab orang lain lagi rapat dengan allah tak?

moga moga intipati ceramah semalam memperbetulkan siapa yang memegang title cinta high class kita . sama ada lelaki atau pencipta kita sendiri . allah s.w.t.

aku sendiri sedang berusaha untuk membetulkan apa yang silap .

untuk lelaki . jaga lah solat, jagalah ibadat . jagalah agama . sebab aku ini perempuan yang kurang beribadat yang inginkan pembimbing yang bukan sahaja romantik, caring, sweet, hensem . tapi aku inginkan lelaki yang mampu bersama sama mengiring aku ke jalan allah .




No comments:

Post a Comment