"aku punya satu seribu juta impian."

Wednesday, January 2, 2013

just a post

minat itu biasa , suka itu selalu biasa, sayang itu perlukan masa, rindu itu setiap masa, cinta itu luar biasa.  

bukan nak cerita pasal satu hubungan tetapi nak cerita tentang sesuatu perhubungan. nampak sama padahal tak sama . cuba baca lagi sekali =) 

setiap perempuan rasanya kalau nampak mamat macho kat sebelah pasti akan toleh hingga 360 darjah . macam itu jugak gua . setiap perempuan kalau nampak mamat yang agak smart pasti akan toleh hingga 180 darjah. setiap perempuan kalau nampak yang poket agak tebal pasti akan toleh lalu tak boleh betulkan dah kepala dia .  bukan sisi fizikal menjadi pilihan . sisi dalaman itu lagi mahu diidamkan . itu lelaki perlu tahu sebabnya lelaki juga mahukan sisi dalaman wanita yang baik . 

duit dan kasih sayang . 

kalau tanya mak mak ayah ayah nenek nenek jawapan kasih sayang menjadi medan utama untuk menuju hari kebahagiaan . tak disangkal lagi . kasih sayang sememangnya penting , kasih sayang mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara manusia . nabi kan dah pesan . 

bagi saya zaman yang penuh pancaroba yang entah bila hendak habis ini, duit diutamakan kasih sayang didahulukan . 

mampukah seorang lelaki yang hanya mempunyai gaji RM1500 sebulan menyara kos kehidupan isteri, anak-anak seramai 2 orang, dan ibunya . tanggungan anak lelaki terhadap ibunya tidak pernah putus . perlu tahu. 
jadi, tuntutlah ilmu. sebab dengan ilmu, dapat membuahkan hasil di samping pengalaman . sebab itu wanita mahukan lelaki yang bijak =)


perhubungan bukan berpaksikan kepada lelaki dan wanita semata , merangkumi keselurahan aspek kemanusiaan . serta perhubungan yang maha pencipta . 

tolong abaikan saja pepatah yang gua gunakan hari ini . 

xie xie






No comments:

Post a Comment