"aku punya satu seribu juta impian."

Monday, January 28, 2013

coretan

bismillahirrahmanirrahim
assalamualaikum .

dulu bila aku ditimpa malapetaka yang bertubi tubi hingga renap rebah,aku mula memaki hamun . aku mula lakukan kerja yang sialan jadinya . aku keluarkan kata kata yang rata ratanya berbunyi kejahilan . dah macam aku ini tak terima qada dan qadar allah .

hari ini .
aku cuba sehabis mungkin untuk ubah ke arah yang memungkinkan kebaikan secara dalaman . ditimbah musibah dan ujian . pada mulanya aku mencarut dalam hati . ya aku jujur .aku mencarut . carutan yang hanya aku dan Dia saja yang tahu . dan tetiba aku teringat satu perkara . aku pakai tudung .aku membawa watak wanita muslimah . kenapa aku kena bagitau carutan itu ? walaupun aku hanya coretkan di dalam hati . haih . malunya allah dengar aku carut .

muhasabah diri . aku bawa bertenang . mungkin allah nak aku kenal erti kesabaran . dah kata pon aku minta allah beri aku kesabaran yang tinggi . so allah nak uji lah kan . istighfar banyak banyak . aku fikir dua perkara . pertamanya , allah mungkin nak uji aku . dan kedua allah nak sedarkan aku tentang niat yang sebetulnya . ya . kita memang acap kali melakukan satu perkara tanpa memikirkan dan meniatkan niat yang betul. so allah nak sedarkan kita lah kan . conclusion . apa benda je yang kita buat . dari sekecil zahrah hinggalah ke besar gajah . niat kerana allah taala . insyaallah .

aku masih belajar untuk jadi yang lebih baik dari hari ini . =)


Tuesday, January 22, 2013

impian

bismillahirrahmanirrahim

alhamdulillah . masuk minggu ini sudah sebulan aku mengamalkan diet . (entri seterusnya pasal cara pemakanan ) . bukan sahaja diet malahan penjagaan badan yang umph . hee . impian aku untuk menjadi seperti ini


kaki impian . haha . kaki ini adalah hak milik pretty girl, hanis jasmay . http://hanisjasmay.blogspot.com

bila aku usha blog dia , aku terkejut macam mana gadis ini dapat menjadikan kaki nya sebegini rupanya . dulu dia agak berisi sikit . then tetiba jadi lagu ini . huishh . tak boleh bla .

perkataan

manusia punya sebab untuk berbalah antara satu sama lain
manusia punya sebab untuk bercinta antara satu sama lain

bukan nak kata apa . hanya untuk peringatan diri sendiri juga sahabat

kadang kadang rasa macam  musuh dalam selimut
bersahabat tetapi mengata, mengutuk, mencaci di belakang
tertusuk sebilah pisau  di belakang sahabat atau erti kata lain, tikam dari belakang

kenapa eyh kita kena macam tu .

mulut satu anugerah . bayangkan hidup tak ada mulut ?
macam mana nak makan
macam mana nak minum
macam mana nak cakap
macam mana nak say i love you kat boyfriend . eh?

terlajak perahu boleh diundur . cop boleh meyh ? kalau air deras?
terlajak kata kau binasa . cop boleh minta maaf  kan?

maafkan itu lebih mulia dari meminta maaf .





Monday, January 14, 2013

sinopsis cinta high class

bismillahirrahmanirrahim

semalam harinya, bersama sekumpulan mawar merah . pergi menuntut secebis ilmu di sebuah pondok usang .   dengan niat . mendengar , meneliti dan memastikan segala apa yang kita lakukan sebelum ini ada kalanya salah dan ada kalanya betul . tajuk semalam "cinta high class"

semua kata kata dipetik dari seorang penceramah bebas

kita lebih mencintai dia atau Dia?
kita lebih menghargai dia atau Dia?
kita lebih setia dengan dia atau Dia?
kita lebih hormat dia atau Dia?
kita lebih patuh dengan dia atau Dia?
dan sebagainya

kenapa darjat cinta kepada manusia lebih tinggi dari darjat cinta kepada maha pencipta kita sendiri?
kenapa kita lebih suka cinta manusia berbanding cinta yang maha agung? sedangkan cinta manusia boleh dibuktikan dengan pelbagai hadiah yang hanya bersifat sementara . walhal, hadiah yang diberi sang pencipta bersifat selama lamanya dan tak pernah pudar sama sekali

pernah nangis sebab kena curang dengan kaum adam tak ?
pernah nangis sebab orang lain lagi rapat dengan allah tak?

moga moga intipati ceramah semalam memperbetulkan siapa yang memegang title cinta high class kita . sama ada lelaki atau pencipta kita sendiri . allah s.w.t.

aku sendiri sedang berusaha untuk membetulkan apa yang silap .

untuk lelaki . jaga lah solat, jagalah ibadat . jagalah agama . sebab aku ini perempuan yang kurang beribadat yang inginkan pembimbing yang bukan sahaja romantik, caring, sweet, hensem . tapi aku inginkan lelaki yang mampu bersama sama mengiring aku ke jalan allah .




Saturday, January 12, 2013

1,2,3


Aku manusia yang punya perasaan
yang ingin disayangi dan menyanyangi
Mahukah engkau mencuba mengerti
akan kisah hidupku yang  sebenarnya

Apalah erti sebuah kata cinta
Bila hanya melihat yang baiknya saja
Tolonglah aku dan jawablah aku
Sanggupkah kau menerima ku seperti ini

Jangan sakiti hati ku lagi
jangan sakiti diri ku lagi
Membuat aku semakin tersiksa
Dihidupku ini


bismillahirrahmanirrahim 
manusia cepat berubah . jap jap dia berubah . jap jap dia berubah . eh tak kira lah berubah ke arah kebaikan atau ke arah kejahatan .nauzubillah . dilihat dari mata ke hati . aku tahu setiap orang tidak kira  lelaki dan perempuan ada sedetik hatinya untuk berubah . nak atau tak . cepat atau lambat . berani atau pengecut jer cerita dia sekarang.

siapa je tak nak berubah . 
siapa je tak nak masuk syurga . 
siapa je nak rasa azab api neraka .(minta jauh)

bukan lah nak cakap cik penaip ni nak berubah . tapi dah azam nak jadi yang lebih baik . jadinya perlulah mula sikit . walaupun ada kalanya terlajak juga bodoh , bangang semua . sebab tu allah bagi penyakit ulser yang mengurangkan kata kata carut tue keluar . 
alhamdulillah . ada sahabat yang sentiasa di sisi . bagi semangat . bagi teguran . eh kalau tak ada cik wawa yusuf kita tue . dah confirm confirm la . ku kelaut antartika sekarang . 
macam yang selalu tulis . SUSAH untuk berubah . sangat susah . orang yang benar benar mahu masuk syurga je yang gila gila bersusah payah . tapi tak pe . nanti mesti ada ganjaran . jangan risau lah . ganjaran beribu kali ganda lagi besar . 

doakan lah saya yang satu ini . yang degil nauzubillah ini dapat capai apa yang dia hajat . moga jangan anggap saya berubah terus pakai purdah dah la k . cukup takat kurang dosa sikit . amin . amin  .amin. 


Monday, January 7, 2013

cebisan

i know he has something to tell me
what should i know
Just i don't know what it is
but i can feel it
my feeling now cannot be controlled
something interrupt it
sometimes i miss him
sometimes i hate him
sometimes i hove him
sometimes i know we were not meant to each other anymore
so i decide to let him go
even i know i need him for the whole my life

how can i accept when i know
another women in his heart?
how can i accept to let my heart cry everyday
because he does not care about me anymore
how can i accept
to let you go boy ?

well maybe that night is our last night
i'm not hoping
but i realize we cannot be the same as before
i'am sorry to let this feeling
come to our relationship
i'am sorry good bye .



Saturday, January 5, 2013

THEM

rajin nya jari jemari ini menulis sesuatu yang entah siapa yang membacanya kan kan kan .
orang kata orang yang tulis blog ni syok sendiri . padahal sama je . orang yang tweet sana tweet sini . acelly dia pun syok sendiri . sama je macam pesbook tue . semua arh syok sendiri .semua semua 


kawan itu datang dan pergi . sat gi dia rapat . sat gi dia jarak .ah biasalah . cara perempuan berkawan sememangnya berbeza dengan lelaki . gua dapat konklusikan sendiri . perempuan agak sukar menjalinkan persahabatan yang begitu utuh dengan kawan perempuan . tapi tapi ada juga yang rapat hingga ke akhir nafas . macam nur hanisah dan asyura . macam pyka rahmat dan syafikah mohamed.

ini adalah rahsia terbesar saya . ehem . 

gua pernah hilang kawan . kawan yang gua sayang . kawan yang gua kasih . apa macam lesbian sudah . gua hilang mereka sebab salah gua sendiri . dan gua dah lama mengaku dah . dan rasanya macam ahhhh . macam putus lelaki . sebab bagi gua , friends is more important than boyfriend . gua sememangnya tak bisa tanpa kawan . tapi gua boleh jejalan sorang sorang tanpa kawan . tapi pishang . apa banyak tapi 


honestly ai cakap i'm in love with them . but at the same time i'm afraid to loose them . i don't want banana fruit two time (hehehe). and i will hold this relationship until the end of the world . jadah english aku cenggini .


the moment that we create together . ehem .kalau ada salah tolong tegur . dan teruskan berkawan . tak salah kawan hingga akhir hayat kan  .takkan nak hidup semati dengan boyfriend masing masing je . kita belajar sesama . kita couple boyfriend lain .kita kongsi apa yang patut . jangan ada iri hati , jangan ada makan dalam . jangan ada salah sangka . 

i sayang you wahidah yusuf
i sayang you nor amirah
i sayang you nur syahirah . 

geli tak geli tak . 

xie xie
ikhlas dari 
(norlishafikahmohdali)





Friday, January 4, 2013

just a post 2

dunia ibarat roda 
sekejap ada atas . tup tup ada kat bawah 
istilah biasa diperdengarkan 

dunia untuk diterokai
teroka dunia selagi hidup 
tapi jangan lupa 
ada kebatasan yang perlu dijaga 

dunia kejam
atas tindakan diri sendiri 
dunia takkan kejam kalau kita tak kejamkan dia 
dunia mana boleh seksa kita
kita yang seksakan diri kita sendiri

hidup singkat 
itu kalau kita rasa hidup untuk seronok
hidup cepat 
itu kalau kita rasa setiap saat berguna

hidup dan dunia .
besar makna kedua nya . 
selain dari yang tak nampak di mata . 


Wednesday, January 2, 2013

just a post

minat itu biasa , suka itu selalu biasa, sayang itu perlukan masa, rindu itu setiap masa, cinta itu luar biasa.  

bukan nak cerita pasal satu hubungan tetapi nak cerita tentang sesuatu perhubungan. nampak sama padahal tak sama . cuba baca lagi sekali =) 

setiap perempuan rasanya kalau nampak mamat macho kat sebelah pasti akan toleh hingga 360 darjah . macam itu jugak gua . setiap perempuan kalau nampak mamat yang agak smart pasti akan toleh hingga 180 darjah. setiap perempuan kalau nampak yang poket agak tebal pasti akan toleh lalu tak boleh betulkan dah kepala dia .  bukan sisi fizikal menjadi pilihan . sisi dalaman itu lagi mahu diidamkan . itu lelaki perlu tahu sebabnya lelaki juga mahukan sisi dalaman wanita yang baik . 

duit dan kasih sayang . 

kalau tanya mak mak ayah ayah nenek nenek jawapan kasih sayang menjadi medan utama untuk menuju hari kebahagiaan . tak disangkal lagi . kasih sayang sememangnya penting , kasih sayang mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara manusia . nabi kan dah pesan . 

bagi saya zaman yang penuh pancaroba yang entah bila hendak habis ini, duit diutamakan kasih sayang didahulukan . 

mampukah seorang lelaki yang hanya mempunyai gaji RM1500 sebulan menyara kos kehidupan isteri, anak-anak seramai 2 orang, dan ibunya . tanggungan anak lelaki terhadap ibunya tidak pernah putus . perlu tahu. 
jadi, tuntutlah ilmu. sebab dengan ilmu, dapat membuahkan hasil di samping pengalaman . sebab itu wanita mahukan lelaki yang bijak =)


perhubungan bukan berpaksikan kepada lelaki dan wanita semata , merangkumi keselurahan aspek kemanusiaan . serta perhubungan yang maha pencipta . 

tolong abaikan saja pepatah yang gua gunakan hari ini . 

xie xie