"aku punya satu seribu juta impian."

Friday, December 13, 2013

Wednesday, December 4, 2013

kosong

minda . otak aku tak ada kat sini . 
aku tak tahu mana dia pergi 
kat mana dia hijrah . 
yang aku tahu 
aku tak ada kat sini . 
semua yang aku lihat 
macam makhluk asing 
aku tak kenal siapa . 
padahal ada je buah hati
ada je kawan kawan 
tapi tah kosong 
mana gi tah 

bye

Monday, November 25, 2013

semester lima

bismillahirrahmanirrahim
assalamualaikum

cuma nak bagitahu . gua sekarang senior weyh . selamat sudah sampai ke bumi Jengka dengan membawa beribu berjuta harapan . moga saja kali ini baik baik saja . tak minta lebih . kalau boleh kali ini mahu cukup cukup bahagia . aku mohon jangan ada cuka pahit nak mampus semester ni . tak sanggup nanti nak tinggalkan Jengka dengan sikap negatif

kali ini . bertarung di medan yang sama . alhamdulillah diberi kesempatan lagi untuk sama berjuang dengan kengkawan dulu . walaupun ada sedikit tercalar . ala lek lah . dunia .

dan kali ini masih lagi duduk di bawah ketiak upk . maknanya dari awal menapak kat sini sampai ke sudah duduk bawah upk . terima kasih upk bagi tempat tinggal yang lengkap segala kelengkapan biarpun bilik air tersangat lah teruk . tak apa lah . bersyukur lah .

untuk tempat beradu . kali ini . memori semester satu terungkap kembali . katil atas menjadi tempat beradu . tinggi dia tok sah nak cakap . masa mula mula gayat nak turun . tapi lelama okay la kot . panas tu biasalah . tapi tak apa lah . bersyukurlah weyh

kawan beradu ? allah itu perancang terhebat bukan . dan kali ini . bersatu bilikkan dengan rakan kelas yakni mira . one of member RAKAWARA's . lagi sorang Dila . lagi sorang Ada . mudahan saja . rakan bilik kali ini . rakan terbaik yang allah bagi kat aku yang degil nak mati ni . heee .

pemandangan bilik sangat awesome wa cakap lu . huiii . dekat dengan uwais . so boleh nampak abang abang hensem pergi masjid bila sembahyang jumaat nanti . heee .

untuk lelaki seorang itu . moga saja kami tetap bersama .

ini adalah semester terakhir .
medan terakhir
lima purnama
tak adalah banyak mana .
kalau kau silap sikit .
kau mabuk cinta sikit
kau merana nanti .
mudahan saja segulung ijazah dapat dipegang

malas taip
bye .

Saturday, November 16, 2013

campuran cerita abc

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum

tak lama je lagi dah berambus angkat kaki pergi sana . pergi mana lagi . pergi meneruskan perjuangan di medan ilmu lah . tapi lu relax la k . 5 purnama selepas itu . aku akan menampal gambar memegag segulung kertas yang ditulisnya diploma holder mungkin . doakan saja aku mampu saingi abang dan kakak kakak aku yang lain ya ? biar mak dan abah senyum sikit.

selepas itu ?

kononnya mahu lanjutkan pelajaran hingga ke peringkat lebih tinggi . al maklumlah . zaman sekarang juta juta manusia bijak . sebelum lanjutkan pelajaran kononnya lagi mahu cari sedikit pengalaman . jadinya mahu kerja bentar sebelum kembali memerah otak . itu konon la . bak kata manusia sejagat, kita hanya merancang , tuhan yang menentukan . cita cita itu bagus . anganan itu boleh buatkan kita semakin maju . :)

pasal kahwin nikah gua tak nak cerita .
dia datang jumpa mak dan abah . gua rembat je lah .

kau tahu jenis manusia yang buang tebiat ? itu adalah aku .

tak tahu lah kenapa . mengapa dan kenapa .
aku memasak . ulang . memasak . its not cool okay . cool actually . but for me . it just like what ?? aku memasak . sumpah buang tebiat . haha

orang kata .pikat hati suami dengan perut dia . and now i realize why people say like that .
so sebelum kahwin kena lah belajar memasak . so aku yang kaki tong gas ni . pun bertatih la memasak . cari alternatif sendri beli buku . surf internet . tengok orang masak dari jauh . so buang tebiat u know . so so so .


look . this is first time and will not the last time okay . 


haha . macam nak tergelak tengok sendiri . walaupun hambar . tapi aku masih boleh makan . sendiri makan .so memang takkan ada sayur . so tu lah . masak masa along tak ada . then, along balik rumah, tanya kenapa dapur berminyak . buat muka tak tahu then cakap "idk"

sesuap nasi dicari untuk perbelanjaan harian . boleh lah buat bekal nanti sampai uitm Jengka . 


selain dari bekerja . aku telah memenuhkan masa dengan aktiviti yang sihat . say yeay to me . aku telah pun melibatkan diri dalam Fit Club Wellness Centre . iaitu salah satu club untuk tampil sihat lagi bergaya . ini lah geng geng baru . cuma aku berbeza sikit . mereka semua adalah peserta Fit challenge . bertanding untuk tampil sihat (bahasa mudah kurus) cumanya aku hanyalah pembakar semangat . aku cuma ahli club sahaja . tak masuk pun pertandingan tu . tak layak . haha . tahun depan boleh jadi coach . ahh tak sabar nak jadi coach . site income . :)

rata ratanya . cuti kali ini agak singkat . dan tak best . tak pergi mana mana . langsung tak . sadis hidup kalau setiap ahli keluarga dah ada keluarga sendiri . haih . 

so bye . 

moga ketemu lagi 
:) 

Saturday, October 26, 2013

chan malichan saya pergi

bismillahirrahmanirrahim
assalamualaikum

bibir terukir senyuman yang tah siapa gerangan yang dipikirkan . jadah tah



aku datang sini dengan harapan ini bukan kali pertama dan kali terakhir aku jejakkan kaki ke tanah sawah padi ini . :)




memang seumur hidup 19 tahun 10 bulan ini aku tak pernah jejakkan kaki ke bendang . biarpun aku orang negeri sembilan yang kononnya ada sawah padi kat sana . lantak . keterujaan untuk tangkap gambar kat sawah padi memang salah satu idaman aku sebelum mati . dan terima kasih . nanti aku mati . aku tak kempunan. 


selipar andong aku rembat . jeans lusuh aku sarung . lalu kat tepi tu . terjerit jerit macam orang gila royan . kene semut api yang bengkaknya sampai hari ni tak surut surut . banyak k . tergelincir jatuh . dalam hati takut gila kalau ada pacat ke ular ke lipan ke tapi wat lek wat cool . tapi hey dude . i love okay . 

tak faham kenapa ada love love tu . camera rosak 
 terima kasih lah bawa hamba jejalan di sekitar tempat kamu ini . hamba berbesar hati . lain kali bawa lagi ya .

ada satu lagu 

chan malichan oi oi 
chan malichan oi oi
chan malichan 
dah pergi chan chan :) 








Thursday, October 10, 2013

aku nak bebel

aku tak sabar untuk tunggu 
apa yang tuhan rancangkan untuk aku 
dan aku harap 
kau adalah salah satunya 

aku tak minta 
untuk jatuh sayang 
mahupun jatuh kasih 

itu semua tuhan punya rancangan
dan aku mengiyakannya

aku pernah kasi tikam hati adam 
itu aku akur . 
dan aku tak mahu itu berlaku sekali lagi . 

aku akan bertahan . 
pertahankan hati aku .
untuk terus dengan engkau . 

kau tahu siapa ?






Friday, October 4, 2013

graduan semester 4

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum

boleh tak angkat tangan siapa yang tukang baca blog usang ini ? tak tahu gerangan siapa yang suka baca tutur taip aku ini .

bukan nak cakap besar atau nak naikkan hidung sampai ke langit . tapi hakikat memang dah betul .
semester empat sudah pergi berlalu berambus tadi pukul 12 tadi . tutup mata buka mata dah habis . eh cepatnya ?

jalan cerita untuk semester ini rata rata berbaur manis . dengan kehadiran kawan . dengan kehadiran arjuna . manis dia ada yang terlalu manis dan ada juga berbaur garam dan sedikit cuka . ala biasalah tu . hidup . tak nak semua tu . gi la masuk kubur . hey . dalam sana lagi macam macam rasa ada .

terima kasih semua pendidik untuk semua subjek . moga kalian dapat apa yang kalian inginkan dari anak muridmu yang entah apa apa pembelajaran dia semester ini.

terima kasih untuk siapa yang pernah membantu dari segala segi . moga allah membalas jasa kalian.

silap aku banyak bercakap . sampai satu tahap orang naik menyampah . aku terbuka . sangat terbuka untuk terima setiap satu nasihat . dan terima kasih untuk itu ya .

dan maaf di atas segala karenah yang menjengkelkan

untuk yang ada dalam hati .
terima kasih .
you are one of the reason why i smile for this semester . tq for that
moga kau tak putus asa buat aku senyum lagi ya ? love

tak sabar untuk teroka kisah semester hadapan . moga lagi indah .
bye

xoxo









Saturday, September 28, 2013

kata ahad pagi

aku takut untuk letak 360 darjah kecintaan dan kesayangan pada manusia yang berada di keliling . 
kawan . sahabat mahupun lelaki . 
tahu kenapa ? 
aku takut untuk kehilangan . 
sudah berapa ramai aku hilang ?
mati dunia . mati hati . 
keduanya sakit . 
punah . tenat . 
aku yang rasa . aku yang alami . 
kau tahu rasa kehilangan ? 
aku tahu . semua pernah rasa sebab tiada apa di dunia ini yang kekal buat selamanya . 
yang Satu itu maha adil . 
dari dulu . 
aku tahu dia perancang yang tiada tolok tandingnya . 
sekarang ini . 
aku tak sabar untuk tunggu apa rancangan yang Dia aturkan . 
aku tahu lagi manis dari kopok supering . ==' 

aku hawa

aku bukan punya dia
begitu juga dia
dia bukan punya aku

tapi

aku hawa .
cemburu itu pasti ada

jadi tolong hormat
kebahagiaan aku .

Thursday, September 26, 2013

lemas

aku separuh gila 

aku bebel seorang diri 
mencari jawapan di setiap salah dan silap 
aku titiskan air mata
untuk perkara 
yang aku tak terfikir langsung akan jadi sebegini rupa 

aku jatuh lagi 
kali ini mungkin bukan jatuh bertubi tubi 
tapi sakit dia 
ibarat jatuh lemas kat laut . 
lemas mati terus . 

mubastik gila 




Monday, September 23, 2013

..

Bismillahirrahmanirrahim
Asslaamualaikum

"nothing left here except Allah and my study."

and you of course

aku diperingat . "ingat ika, allah takkan menguji hambanya kalau hambanya tak mampu, allah sayangkan kau dan ini dugaan , kalau kau terima dengan hati yang redha, itu bermakna allah sayangkan kau."

aku percaya di setiap kata-kata ikhlas. aku yakinkan diri aku . aku sabarkan hati aku . aku tenangkan jiwa aku . biar aku gugurkan air mata . biar . sebab sampai masanya, semangat aku akan kembali pulih. aku masih punya keluarga . keluarga . ya .

berat . punah . sakit . teruk .

aku hanya berserah . serah sepenuhnya pada Dia . aku mahu Dia yang bagi jawapan . aku mahu Dia yang tentukan . aku mahu Dia .


Tuesday, September 17, 2013

mimpi semalam si perempuan

semalam aku mimpi
aku bangun
untuk lihat mimpi itu
dusta atau benar

dan

mimpi itu indah belaka .

aku mahu mimpi itu kembali
aku mahu mimpi itu semula
aku mahu terus diulit mimpi
aku mahu dunia ini mimpi

biar .



nukilan si senja aku

hai

aku faham
aku mengerti .
aku tahu apa makna di sebalik tindak dan tanduk

aku
mula rasa sesuatu yang janggal .
tidak
aku cuba untuk tepis segala iblis menerjah .

aku suka pekakkan apa yang aku terjah di hawa telinga
aku suka butakan saja apa yang terpancar di jendela mataku
aku suka bisukan apa yang mahu aku tuturkan

kau tahu kenapa ?

sebab aku mahu ini medan aku yang terakhir .
biarpun medan aku ini mungkin hanya aku yang mengangkat senjatanya .
tidak mengapa
aku tahu aku berlawan dengan siapa.

kau faham apa yang aku bilang ini?
kau jadi aku dan baru kau fahami.

bye

Saturday, September 14, 2013

hye dunia

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum

rata rata hidup aku kini bagai dicemburui dengan masa . terkejar sana sini . nasib aku tak pakai hills . kaitan. 

alhamdulillah . syukur ya allah . event OM Merdeka Race : Explore your Brain telahpun berlangsung dengan lancarnya . aku sebagai pengacara majlis , telah menjalankan tanggungjawab aku dengan habis mungkin . yyaaa . maybe ada salah sini dan sana . tapi this is my first time .so chillax . janji participant happy 

so this is a few of our best memory . 











ini adalah sekitar majlis . alhamdulillah . alhamdulillah . Allah menolong kami . maaf kalau ada salah dan silap ya .  


hehehe . gambar gua tak banyak . al maklumlah . pengacara majlis tak comel . mata bengkak sana sini . hehe. 

itu cerita event d'intelecto . 

tak lama lagi . khamis malam nanti . ada event Tanglung Night . dan sekarang aku tengah buat montage untuk event tersebut . disebabkan tiada pengalaman so ala kadar je . diharapkan . event tersebut juga berjalan dengan lancarnya . semuanya demi markah . hihi .

itu perihal di tapak universiti .

tak lama lagi . lagi 2 minggu kot . dewan peperiksaan akan berdating dengan saya selama 2 hari . 
doakan saya ya . walaupun hidup penuh dengan senyuman tika ini . tapi stress tetap ada . 
malas la taip panjang lagi . bye

:)



Monday, August 26, 2013

tolong

tolong
jangan ajar aku untuk menyanyangi jika kelak kau berminat untuk tinggalkan aku

tolong
jangan beri aku tertipu dengan tipu helah kau tentang perihal kau yang sebenar kerana aku mudah percaya pada luaran . hingga ke saat aku jatuh hati . rupanya kau dusta belaka

tolong
jangan buatkan aku selesa berada di sisi kau jika kau berhasrat hanya untuk mempergunakan aku di waktu kau perlukan wanita semata . aku bukan itu .

tolong
aku ini si pelemah . sangat lemah . jangan jadikan aku lagi lemah dari yang kini . aku tak  sanggup woi membazirkan air mata pada yang tak patut dingalirkan .




Sunday, August 25, 2013

mati hati

malam aku kini ditemani sesuatu yang tidak bernyawa . aku mati hati . jasad aku masih bernyawa . aku buntu


Friday, August 23, 2013

no post

sebelah hati aku bahagia .
separuh hati aku ada bagai rasa

aku tak tahu mana yang benar .
mungkin ini cuma sementara . tidak . jangan aku tak mahu

aku berani jerit . untuk aku bilang .
aku takut hadapi dunia .

sebenarnya apa yang berlaku . aku sendiri tak tahu . kadang aku lakukan pembaziran . walhal . aku baik baik sahaja . aku mungkin rindu . aku mungkin kehilangan waktu tidur . aku mungkin makan hati . aku mungkin geram . bila semua bersatu . ini lah jadi nya . gila .


Monday, August 19, 2013

berbaur

Bila kau nangis kau tak mampu nak bilang pada siapa .
kau tutup semua laman sosial .
kau tak nak semua tahu
apa yang kau buat .
apa yang kau fikir .
apa yang kau mengumpat . mencaci .
kau mungkin rasa itu terbaik . padahal sikit demi sikit .
kau pendam sendiri .

aku semakin perahsia .
percaya ?

siapa tak mahu disayang . siapa tak mahu dicinta .
aku buang mereka yang mungkin ada keduanya .
aku menyesal ?
biar aku dan tuhan yang satu itu yang tahu .

aku sendiri malam ini .
"terima kasih" menjadi hawa telinga aku .

woi hati . kau jangan nak menggedik .



Saturday, August 17, 2013

when someone give you this



My angel,
How'd you get to be so fly,
How'd you get to shine so bright, girl
How'd you get to look like that,
Heaven don't you call her back, yeah

Doo doo doo doo do

Halo Halo, I'm not sayin' hi,
Baby there's a ring above your head,
And it shines so bright in the sunlight,
in the sunlight
Ayo Ayo, this is like a dream
Every bit of you it makes me weak,
How did I get here, in the sunlight, in the sun
I must be in Heaven
Cause I'm looking at an Angel
Whose staring back at me
Her eyes so heavenly
I must be in Heaven
Cause I'm looking at an Angel
There's no one on this Earth
that's made this beautiful
I must be in Heaven

Here we are, looking at the stars
I can hear, the beating of your heart,
I could listen to this song forever
You're the breeze, cruising down my coast,

You're the jam, baby I'm the toast,
It's so sweet when we're together

And if I ruled the world I'd name an island for ya,
You could tell all your girls I named an island for you,

I must be in Heaven
Cause I'm looking at an Angel
Whose staring back at me
Her eyes so heavenly
I must be in Heaven
Cause I'm looking at an Angel
There's no one on this Earth
that's made so beautiful
I must be in heaven

Halo, Halo I'm not saying hi
there's a ring above your head
and it shines so bright in the moonlight
in the moonlight, my angel

How'd you get to be so fly,
How'd you get to shine so bright, girl
How'd you get to look like that,
Please heaven don't you call her back,

Doo doo doo doo do
doo doo doo doo do

My Angel




Friday, August 16, 2013

.

hai rindu aku ?

doakan aku tabah dan kuat ya ?

assalamualaikum .

Monday, July 29, 2013

untuk .

aku menaip dengan ada berbaur rasa . 

kadang dalam dunia perlu memilih . aku tahu aku takkan dapat apa yang aku inginkan . 

hati aku ada satu . satu itu pun susah nak dijaga . 

aku mudah beri janji . bila aku puja orang . aku janji bagai nak mati . macam macam .kadang aku lupa apa aku janji . teruknya . 

terlalu banyak janji . terlalu banyak air mata bila dimungkiri . aku penyebabnya . aku tahu . jangan dipersoalkan lagi . 

karma aku ada yang sudah mendoakan ., aku terima . kerana aku yang ukir onar . dan andai aku terima karma la teruk dari itu . aku akan cuba untuk tenangkan hati aku . dan aku akan cakap "you deserve to get this, so just accept it." dan aku akan ajar hati aku . jangan risau . kalau hati aku sakit . teruk . punah . aku takkan sesali dengan apa yang aku lakukan . aku cuma ikut kata hati yang aku tak tahu benar atau dusta . 

hye . 
aku tak sesal untuk mengenali kau . kau terindah . indah bagaimana biar aku yang tahu . kadang aku poyo bila aku cakap setiap apa yang aku lakukan aku akan teringat setiap bait dari kau . tapi itu hakikat . dan ternyata aku rindu . 

bye . 

Wednesday, July 24, 2013

zero

Kamu tahu apa yang aku rasa kini ?

 aku rasa aku perlukan masa . a
ku perlukan ruang . 
aku perlukan udara .
 aku perlukan air . 
aku perlukan seluruh perkara untuk membetulkan apa yang sudah terbalik .


Aku tak mampu untuk beritahu tentang apa yang aku rasakan .
kerana aku tahu tiada siapa yang dapat fahami apa yang aku lalui . 
dan aku yakin ini dugaan .
 dan allah mahukan privasi . 
dan aku hanya bergantung pada allah 
. tuhan aku yang satu itu . 

aku tahu ada insan yang lebih malang dari aku . 
dan aku tahu aku patut bersyukur dengan apa yang aku lalui 
moga aku tabah .


Friday, July 19, 2013

sibuk

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum .

jujur dan jujurnya entri kali ini berbaur poyo . koya .

kalau semester lepas . aku boleh katakan semester "honeymoon." . know why . sebabnya bila dah nak final baru sibuk ke sana ke mari siapkan kertas kerja, study hard (konon) .

itu aku cakap semester lepas . sekarang biar aku cerita untuk semester ni.

totally . i'm out of service . allahuakhbar . i don't know why, but this semester macam gila tough punya semester . even our final just 2 paper je . (what!!) tetapi dia punya penat mengalahkan bachelor degree . ecehh. like seriously . this semester macam tak ada masa . why? let me story .

first is event . as all know . semester 4 untuk course office management . we have a subject call event . kitorang kena buat event yang memerlukan sepenuh usaha untuk dapatkan markah . budak lain cakap (alahh event je pun) . hantok kau . kau tau tak susah !! hantar proposol kena reject . meeting dengan junior hampir dua hari sekali . kena deal dengan manusia manusia yang dari kalangan ramai . hey . dan aku . adalah biro pendaftaran dan protokol merangkap pengacara majlis untuk event ini . so ?
(saya bergabung dengan mereka)

itu satu event . nak cakap malang tak . nak cakap untuk pun tak . kami terpilih untuk menjadi organizer untuk event Tanglung Night for our Mandarin Class . tapi alhamdulillah . duit satu sen pun tak keluar . tapi . bercikgukan dengan Sir Bok agak merungsingkan kerana masalah communication . dan aku adalah Biro Multimedia yang bertanggungjawab untuk buat montaj bersama cik wawa yusof . 

tak habis lagi okay . subject untuk semester ni rata rata macam senang . tapi beban dia macam batu bata . ECO . the killer subject . gila lagu lecturer aku mengajar .but so far still lagi ikut berlari belakang dia  . next, Software . sometimes i don't know what purpose kitorang as OM belajar software . hoi . apa jadah kitorang kena webpage sampai 20ms ? (kelas lain 5 je k) . next BEL (english) . itu satu . komain banyak ass dia . siap kena record sebab penilai kedua nak menilai . fish . next COM (public speaking ) hamboi . komain . tajuk dia . nak kena hafal . tapi class ni paling best sebab lec best . next OB ni okay la . 

lek lu . tak habis cerita lagi . 

itu perihal subject . ehem . alhamdulillah . allah bagi aku peluang untuk join MSP (majlis sukan pelajar uitm pahang) untuk semester ni . hooorreeeyy . sukan ? hee . kelakar . tapi alhamdulillah . bila dah join, sudah semestinya banyak sangat event nya . tapi . in syaa allah . 

konklusi . 
maaf kalau aku macam sombong . macam malas layan . macam macam macam . itu semua sebab  commitment . (padahal) . doakan aku dapat harungi semester 4 ini dengan bertungkus lumus ya. raya kali ini pun mungkin aku tak dapat beli baju raya cecantik . :( 

itu saja . 

p/s: hari hari datang kelas lambat sebab tidur lambat nak mati . bye 








Tuesday, July 9, 2013

puasa tahun ini

bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum

Timeline kat Twitter berlumba lumba dengan wall kat Facebook ucapa Salam Ramadhan . Selamat Berpuasa . Happy Fasting . and so on . fuhh. bagus betul rakyat Malaysia . salah satu kelebihan twitter dan facebook . mengeratkan lagi silattutrrahim sesama umat islam . syabas .

bebel banyak macam tak ada guna . same like all Muslim out there .

saya , aku , dek yang , norli, ika ... dengan ini lahhh kan .ingin lah kan . mengucapkan . hm hm. selamat menjalani ibadah puasa yang penuh dengan keberkatan yang Allah janjikan . selamatlah diucapkan untuk bersama sama lah kita menahan segala kunyahan, segala lapar, segala kehausan, segala dahaga, segala asap rokok, segala putung rokok , dan paling penting segala umpatan dan kata-kata yang tak molek didengar . (talk to myself). in syaa allah . puasa kali ini mungkin berbeza dan lebih baik dari yang sebelum ini . amin .

itu je .

sincerely .
NORLISHAFIKAH


Monday, July 8, 2013

bukan dia tapi aku

berulang kali kau menyakiti
berulang kali kau khianati
sakit ini cuba fahami
ku punya hati bukan untuk disakiti

ku akui sungguh beratnya
meninggalkanmu yang dulu pernah ada
namun harus aku lakukan
kerna ku tahu ini yang terbaik

**ku harus pergi meninggalkanmu
yang telah hancurkan aku
sakitnya . sakitnya . sakitnya

ku akui sungguh beratnya
meninggalkanmu yang dulu pernah ada
namun harus aku lakukan
kerna ku tahu ini yang terbaik

**

cintaku lebih besar dari cintanya
mestinya kau sedar itu
bukan dia , tapi aku .


Friday, June 28, 2013

the reason why i smile

Bismillahirrahmanirrahim 
Assalamualaikum

Allah bagi aku kawan terbaik di sekeliling . ada pun yang kaki mencarut, ada pun yang kaki mengamuk , ada pun yang kaki menengking, ada pun yang kaki merokok, ada pun yang kaki bersosial. semuanya . ada . ada juga yang kuat mengingati tuhan yang satu, ada yang kuat beristighfar, ada yang labuh bertudung manis . 

mungkin . segelintir tidak suka pada sesetengah . tapi aku yakin allah berikan mereka atas sebab yang tertentu . pasti punya dan tak perlu sangkal . itu habis cerita 

sebelum aku teruskan lajuan typing aku . aku fikir hampir seribu kali . nak tulis atau tak . tapi aku putuskan untuk taip . hehe . bendoi . 

nah . Allah bagi 2 insan ini . untuk meniti hari kebahagian aku . jangan risau . yang kedua selepas tuhan yang satu  . mak dan abah tetap carta teratas . tak terganjak dek masa . 


siapa tak kenal si jantung hati aku . sedangkan nama dalam contact phone pun aku tulis "wahidah sayang." nampak tak . allah bagi dia . dan alhamdulillah so far so good . terima kasih . i will keep this relationship babe. 


cukup aku paparkan wajah si tampan hati . cett poyo . selain dari insan gemilang, he's the reason why i smile like crazy person . serious . padahal tak ada lah lawak sangat lawak dia . but, i don't know . al maklumlah . orang baru . watak baru . Allah kasik pinjam dia . aku tak tahu sama ada lama atau sekejap . dan aku titip doa moga moga dia lama . kalau bukan dia, aku tahu allah ada cipta satu cerita . 

eh jangan nak gelabah . dia cuma kawan seperjuangan di tanah pembelajaran . 
tapi
tak tahulah nanti . tapi tak kot  tapi tah . eh .bla .malu .

sincerely 
Ika 


Friday, June 21, 2013

:)

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum

kalau dulu aku benci .
kalau dulu aku menyampah .
kalau dulu aku nafikan .
kalau dulu aku biarkan .
kalau dulu aku pinggirkan .
kalau dulu aku rabunkan .

itu cerita dulu

benci aku bertukar sayang
menyampah aku bertukar suka
nafikan aku bertukar jujurnya aku
biarkan aku bertukar mengambil berat
pinggirkan bertukar berdampingan
rabunkan bertukar panaroma indah

aku mohon . aku berdoa . kalau ini ikhlas . jujur . biar yang dulu terus menjadi dulu . biar yang kini terus ke taman terindah yang Allah janjikan .


mereka nadi semangat . sahabat susah senang . gaduh tak kira masa . perbincangan jalan penyelesaian .


biar aku jadi muslimah terbaik . dan selepas itu aku bersedia untuk ke tahap selanjutnya . in syaa allah . 





Tuesday, June 18, 2013

perihal aku

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum

kali ini. aku cerita dari hati ke hati . 

allah pinjamkan dia untuk aku . derita aku dahulu . bencinya aku dahulu . menyampahnya aku dahulu . 
itu perihal dulu . kalau ini kasih sayang allah bagi untuk allah buktikan masih ada lelaki untuk aku . aku harapkan ini kebahagiaan yang berpanjangan . bukan sekadar hiasan dunia . tapi sepenuhnya untuk aku rasa pinjaman cinta dari allah di dunia dan di syurga . aku tak minta banyak . cukup pimpin aku ke jalan yang indah belaka dan tentunya dengan izinNya . ini baru permulaan . aku yakin akan ada durjana yang bakal tiba . in syaa allah . aku mampu . untuk kedua kali . aku cuba . mudahan aku pemilik apa yang sudah hilang di belakangmu . 

ketembaman yang melampau . ahh stress 



Sunday, June 9, 2013

kini

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum

kalau semalam aku bangun . jutaan kereta . asap tebal . hiruk piruk manusia . teh tarik mamak . nasi lemak makcik depan . aku berjalan . naik LRT berhimpit dengan jutaan manusia yang lahir dari seluruh pelosok dunia . bangla . indon .myanmar pun tumpang sekaki . itu semua kehidupan aku sejak satu bulan yang lepas .

kalau hari ini pulak . aku mula bangun . pandang sebelah . rakan seperjuangan uitm .pandan depan meja belajar . pandang kiri . almari baju . pandang kanan . dinding . pandang luar . bangunan pembelajaran diliputi jugak dengan pokok2 yang gah berdirinya . rata rata nya baik baik belaka . bersyukur nya aku masih dapat hidu tanah Jengka untuk mengharungi semester 4 . mohon mohon kali ini lebih baik dari segala yang dah lepas .

untuk kali yang ke empat ini . aku doa moga dikongsikan gelak ketawa bersama roomate kesayangan yang sorang pun aku tak kenal .hihihi . masih belum kenal lagi . duduk berasingan jauh dari sahabat handai yang sama sama berjuang di kelas F membantutkan aku untuk menganyam ketupat raya nanti . jauhnya kami . meereka semua di Blok A dan aku tercampak di Blok B . apakan daya . aku syukur masih dapat kolej yang lengkap dengan semua pelengkapan .

untuk kali yang ke empat ini . aku masih kekal di medan yang sama . kelas F medan aku . dan aku akan cuba untuk setia kali ini . :)

untuk kali yang ke empat ini . aku masih berdiri di atas kaki sendiri . tiada lelaki yang bertakta. alhamdulillah . aku masih bernafas tanpa lelaki . yeah . :) mudah didekati . sukar dimiliki . aku pegang prinsip itu . teringat pesanan bos . "jadikan diri ada nilai tersendir , baru lelaki respect." ku genggam hingga kini dan mudahan hingga dapat suami .

untuk kali yang ke empat ini . aku berdoa sama seperti kalian . minta yang baik-baik saja berlaku . cuba untuk mengurangkan percakapan . cuba untuk mengurangkan umpatan malaya perempuan . jaga diri . jaga makan sudah tentu . 46kg . try harder :) mohon boleh kejar kembali CGPA yang sudah jatuh berdentum . mohon doa juga sama ye ? nanti allah balas .



ya allah rindunya kehidupan sebulan lebih yang lepas . :(


Sunday, June 2, 2013

say goodbye

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum

bangunan megah dah nak halau . bangunan pembelajaran sudah memanggil masuk .alahai. rasa sekejap sangat cuti semester kali ni . sepanjang cuti semester . bermacam masakan aku makan. bermacam minuman aku minum , bermacam bauan aku hidu . bermacam panorama aku lihat . rata rata semuanya indah, sedap, wangi . alhamdulillah . aku dipertemukan dengan mereka yang sangat lah biul otaknya .

penipuan satu dosa . haha . ampun abang dan kakak sebab aku terdusta bila mahu menginginka sebuah pekerjaan yang halal . hasilnya aku tau aku bagus dalam bab itu . bukan sengaja menipu . tapi kalau tak tipu belum tentu kita semua dapat jumpa bukan ? belum tentu kamu kenal sama ika . :)

ini untuk tatapan .


 secara officialnya . ini panorama aku . aku dikelilingi . rokok . cerut . dan pencukur . hahaha . i love this place .sinilah tempat aku luahkan senyuman aku pada customer .



dia 24 . dia berkahwin . dia adalah ibu . dia adalah pekerja . dia nor baizura . dia orang pertama yang mengajaar erti cashier . hahhaa


dia orang pertama cakap aku wangi . dia addict dengan wangian aku . dia syameer . 


dia mat rempit sejati yang handsome taik kucing . haha . segala penat lelah harungi bersama . cerita perihal awek dia . salah satu kerja aku juga . dia macam awak  :) dia adalah york a.k.a syahid 


dan dia adalah seorang yang mudah kena tipu dengan saya . haha . dia adalah manager kesayangan kami .  . dia adalah faizal 


dan dia . kami dah gaduh sebenarnya . tapi . gaduh manja . haha . dia tak tahu nak cakap apa pasal dia . dia faizal jugak . 


dia sahabat . uitm machang kelantan . single . but taken by me . hahah. dia wawa . 



yang comel lote . budak baru . gantikan aku . moga kau kekal di sana ye . why i'm wearing pink shirt ? because a leader . haha . tak arh .well  i will miss them . serious . 


ini panorama indah . thanks a lot for the wonderful experience guys . thanks for a lot of story . everything will keep in my mind . (pahal english aku) . to brother brother polis . kerja elok elok .toksah nak menggatal . bini kat rumah dah cantik dah . to maintanance . terima kasih . to . bro jaga tiket . thank you . to crush yang selalu pergi subuh pakai kopiah . jaga mata . :)

sincerely 
ika . 

Friday, May 24, 2013

answer

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum

just a simple answer . too many people always ask me "where your teeth?" -.-

so this is my answer . .

dedulu kan . sebenarnya . gigi aku berlapis . comel je time tu . :) nyanyi pun sedap . haha .


lebih kurang cenggini la gigi kita dulu . ada taring . takut kan . tapi comel . serious comel . 

nak dijadikan cerita . don't know la . tahun bila . i guess masa umur aku darjah satu kot . adalah pemeriksaan gigi tu . tah kenapa tah . doktor tu pun cakap gigi lebih aku tu kena buang . dah kata masa tu aku kecil kan. so, aku rasa aku iyakan aja . dia punya sakit masa cabut tu . pehhhhh. sakit okay . yang aku ingat aku kena injection dalam mulut . kasik kebas kut . tapi still rasa sakit yang teramat .demam seminggu kot . 


lepas je dari pencabutan gigi comel aku tu .aku sedar yang gigi bawah gigi comel tu pun sama sama dah tak ada . aku dengan mak ingat gigi tu tumbuh balik la annn . hakikatnya dah 13 tahun insiden tragis tu . gigi aku masih lagi tak tumbuh tumbuh . konklusinya . itulah jawapannya . 
\

so inilah hasilnya . 13 tahun . gigi atas , bawah gigi comel aku tu . tak tumbuh-tumbuh . ada gak lah tumbuh sikit . tapi terbantut . sikit je . salahkan doktor gigi tu sebab dah buang gigi tu . 

dulu . aku agak malu untuk senyum. tapi sekarang tak lagi . bagi aku . gigi gongak tu satu keistimewaan .ada je orang suka tengok aku senyum . hehe . :) nak gak pakai braces dulu, tapi, tak yah kot . kekalkan . terimalah aku dengan seadanya . proud to be norlishafikah , gigi gongak satu kat atas . hahaha. 

puas hati dengan jawapan ?
sekian terima kasih .

norlishafikah mohd ali
(chairman to be)