"aku punya satu seribu juta impian."

Wednesday, December 19, 2012

dari situ ke sini

assalamualaikum 

dulu saya kat sana . sejak 3 minggu yang lepas saya tetiba ada kat sini . saya berhijrah . hijrah dari sana ke sini . orang kata hijrah untuk mencari kebaikan . saya angkat tangan angguk laju laju dan capai penghijrahan itu . 

bukan hijrah dari memakai hijab kepada menampakkan rambut yang nipis ini.
bukan hijrah dari duduk di kuala lumpur kepada duduk di sabah
dan paling penting bukan hijrah daripada islam ke kafir . nauzubillah . 

saya cuma hijrah untuk mencuba suasana baru dalam menuntut ilmu di bumi jengka . 

kesan
saya dapat mereka yang baru . perangai yang baru . suasana yang baru . jadual yang baru . dan boleh dikatakan semuanya baru .dan tentunya berbeza . tetapi masih ada yang istimewa yang tertinggal kat tempat lama . jadinya itu hanya dijadikan ingatan dalam hati . 

rasanya tak perlu bangkit tempat lama . bangkitkanlah cerita baru . ye dok . 
terasa malas pula mahu berbicara lebih lebih . takut nanti salah anggap pula . hai maklumlah . hidup ini kena jaga hati kebanyakkan manusia . kalau tersalah berbicara , makan hati nanti . bak kata lecturer interpersonal communication bahawasanya icom ini unrepeatable . tiba

saya sajikan anda dengan ini

cukup rasanya kalau saya katakan mereka bertiga adalah penguat semangat saya yang sudah lama luntur dek kerana air mata yang selalu sangat membasahi bumi jengka satu ketika dulu . doa saya moga moga ini permulaan dan terakhir . saya sedang cuba untuk mengenali mereka dan belajar dari yang dulu . :)


ini cuma sebahagian daripada penghijrahan saya . patutnya banyak lagi .tapi tah kenapa macam pemalu pula nak tangkap gambar . ada orang baru , malu ye ? alolololo . hijrah ini diharapnya diterima mereka . lupa cakap . dalam kelompok ini saya sangat pemalu . diam je lah . bila berbicara menggigil semacam . dah kenapa tah .

mohon ampun empunya gambar . saya curi gambar yang telah awak edit . 

oh ya . lagi beberapa hari yang boleh dihitung melalu tangan yang diberikan allah ini, akan adalah tarikh dimana seorang bayi perempuan di mana ibunya telah bertarung nyawa untuk membantunya untuk melihat dunia ciptaan allah ini . dan diberi nama saya lah tu . 

xie xie . 



No comments:

Post a Comment