"aku punya satu seribu juta impian."

Monday, September 10, 2012

feeling of me

Bila masa diceritakan tentang keadaan jiwa dan raga pasti itu mengundang rasa geli geliman yang teramat sangat sehingga mampu mengeluarkan perkataan yewwww apa aku buat niey ? walhah, aku jua yang tulis sebegitu rupa.
Perempuan , kadang-kadang perasaan jantungnye tak betul.  Ada masa dan ketika.  Lelaki perlu peka tentang cerita perempuan.  Banyak maklumat dapat diperolehi.  Cuba la selak-selak buku perempuan, majalah perempuan, senang cerita kau buka la cerita mengenai perempuan kat mana-mana adverstisement yang ada kat malaysia niey.
Pujuk dan memujuk
Lumrah dalam konteks bercinta ada perkataan serta tingkah laku memujuk dan dipujuk.  Bagi aku sang dara yang berjiwa kental.  Aku jarang merajuk hingga taknak makan sampai laki aku pujuk. kadang-kadang kalau aku merajuk, tak ada siapa yang memujuk.  Masa itu, mulalah rasa down sampai cekik diri sendiri.  Mulalah pos kat twitter, mulalah pos kat facebook, mulalah pos kat blog nak bunuh diri.  Walhah, yang termaktub serta konklusionnya perempuan nak dipujuk. Bukan susah mana pon.  Bukan macam kau nak jawab soalan mathematics aras 12. Cukup sekadar kau buat perempuan gelak dan melemparkan senyuman cukup menggembirakan hati seorang perempuan.  Mudah dan sangat berkesan.
Perigi cari timba.
Aku terpanggil untuk menceritakan mengenai konteks ini dalam percintaan.  Pehh. malu woi kalau perempuan cari lelaki.  Tapi cuba kita bayangkan, andai dunia ini tiada perbezaaan. Maksud yang aku cuba sampaikan saja ini adalah mudah.  Kalau setiap tahun dan setiap masa hanya lelaki mencari wanita, hanya lelaki menginginkan wanita yang cantik, pandai, sopan serta macam-macam chateristics lagi. Adil ker bagi perempuan.  Perempuan jua mahukan yang terbaik untuk jadikan lelaki itu sebagai bakal imam.  Abaikan ayat yang hanya aku saja yang memahami maksud sevenar.  Bagi aku gadis yang mencari lelaki ini takda lah kejam mana.  Dia cuma pertahankan cinta dan sayang terhadapa lelaki.  Dalam al-quran ada cakap tak "perempuan jangan cari lelaki?".  Kalau ada PERBETULKAN aku.
Terlanjur bercinta
HA-HA ada ke terlanjur bercinta.  Ok. Kalau aku tulis maknanya itu yang aku sedang mengalami.  Mula-mula kawan, lepastu ada rasa sayang, lepastu susah nak lepas, lepastu rasa macam i want to take care of you until the end of my life, and then, i want to be with you until i close my eyes, and then tup demi tup dalam status facebook dan twitter ada relationship.  Ha ha.  bercinta dengan sahabat yang dah lama.  For me, its not possible, but to me its possible. aku berkawan dengan kau maknanya aku berkawan.  Susah untuk aku bercinta, nak jaga hati kau bagai, Kawan kawan.  Tapi, kalau masa awal perkenalan aku cakap aku suka kau, itu tak mustahil untuk aku sayang kau pulak.  Jadinya, kalau kau taknak kita terlanjur bercinta, kau cari gadis lain, dan please jangan layan aku terlebih sehingga aku rasa kau suka aku.  Mudah kan. Perempuan mudah perasan tau.
Putus hubungan
Adat bertemu dan berpisah. tak ada siapa dalam dunia niey yang stay ngan manusia tue sampai bila.  Nati masuk kubur pon kau sorang sorang jugak .  Memang sedih bila terpaksa memutuskan hubungan, lebih lebih lagi dengan orang yang kita rasa kita sayang gila babi.  Aku pon sedih kalau terpaksa tingglakan dia, dia, dan dia.  Tapi think positive. Allah lepaskan orang itu, sebab ada hikmah.  dan setiap yang berlaku pasti ada hikmah .  Tah tah allah nak bagi kau yang lagi baik.  Hm, moga moga aku tak kehilangan kau sahabat. dan moga moga .
Rasanya ini sahaja yang aku mahu ceritakan.
Tiada motif.  Hanya mengisi masa lapang.
jika ada yang terasa mohon maaf
jika ada yang salah jua mohon ampun
*Norlishafikah*


.

No comments:

Post a Comment