"aku punya satu seribu juta impian."

Sunday, December 30, 2012

tajuk tiada

assalamualaikum

pernah tak satu malam , duduk seorang dalam rumah . hujan lebat , petir sambar menyambar . tengok jam pukul 3 pagi . gaduh dengan buah hati . tetiba dengar bunyi anjing . itu takut disebabkan syaitan mungkin . kalau perempuan , biasalah tue . perempuan kan hatinya lembut .

pernah tak satu malam. . duduk seorang dalam rumah, hujan lebat . makanan tiada . masak tak geti . semalam tu buat satu dosa . tetiba rasa takut . dan tetiba tah kenapa menangis . ambil handphone, call orang yang rasa boleh cool down kan kita . takut itu mungkin takut kepada allah. tetiba nangis tanpa sebab . dah kenapa .

manusia tak lepas dari melakukan kesalahan . repeat . tak lepas dari melakukan kesalahan . tak kisah la , kesalahan kecil sekecil cacing ke . kesalahan besar sebesar gajah ke , asalkan ada kesalahan ., selagi bernafas selagi itu melakukan kesalahan .

itu bukan persoalan . persoalan yang bermain di minda penaip ini ialah , sampai bila je nak lakukan kesalahan yang sama ? buat dosa, rasa sebe salah, minta ampun kat allah, nekad tak nak buat lagi benda yang sama . tup tup tak sampai sebulan buat lagi . eh dah kenapa

mungkin tak serious .


macam mana nak serious . hai tak tahu lah .


Thursday, December 27, 2012

semalam

al kisah tersebut la kisah . seorang ibu solehah yang taat dan sabar pada sang suami . setelah sembilan bulan berhempas pulas menganggkat perut yang diisi dengan seketul daging yang lama lama menjadi besar . minum susu setiap malam . jaga makan dan minum . tiada kerja berat yang dilakukan . dan segalanya

maka pada hari itu , sedang enak melakukan kerja harian , maka keluar lah dia bidadari syura (heheh) yang comel tapi hitam . tapi kata minum susu setiap malam . abaikan . 

malas mahu menaip . terasa seakan kekok . jadi hanya cebisan yang dapat dicoretkan .


senyuman ikhlas ku tujukan buat yang wish tanda ingatan di hari lahirku . walaupun hanya kata kata . tapi kata kata itu semua merupakan satu doa .  a big hug from me :) 


wish saya termakbul . janggal bukan . dah umur sembilan belas tahun baru dapat benda ni . alahai . biarpun tak besar mana . bagi gua dah besar dah ni. walaupun tak lembut mana . boleh lah bawak tidur . walaupun boyfriend lu kaya raya . tapi boyfriend saya kaya dengan kasih sayang . walaupun suprisenya ala ala kadar . 


ini lah jadinya kalau dah excited sangat an an an an . sampai saya lupa nak take a picture . dah makan baru teringat . alahai . well . saya jarang tiup lilin . geli lah . tapi semalam saya tiup . ehh geli lah cakap macam gadis melayu . saya nak putar balik masa .

xie xie




Monday, December 24, 2012

kurang lagi 24 jam

kurang lagi 24 jam gua dah menginjak sembilan belas tahun
kurang lagi 24 jam gua dah tinggal kan lapan belas tahun
kurang lagi 24 jam gua tiup lilin dalam mimpi
kurang lagi 24 jam gua tak tahu kenapa gua excited


gua nak kereta 
gua nak samsung galaxy camera
gua nak blackberry10
gua nak bear besar punya 

saya nak jadi khalifah allah yang lebih beramal soleh 
saya nak jadi anak yang membanggakan orang tuanya
saya nak jadi adik yang sentiasa comel 
saya nak jadi pelajar uitm jengka yang cerdik
saya nak jadi seorang kawan yang baik 
saya nak jadi seorang teman hati yang menggembirakan :)

xie xie


Sunday, December 23, 2012

dua ribu dua belas


selang beberapa hari saja yang dapat dihitung melalui jari jemari yang cun ini . maka datang lah tahun baru yang dinamakan tahun 2013. bagi saya tiada langsung perbezaan di antara tahun ini, tahun lepas , dan juga tahun sebelumnya . tahun yang bakal menjenggah harapannya agar kembali manis sama seperti zaman kanak kanak dulu . 

rasanya molek benar kiranya saya menceritakan kembali detik 2012 saya . ahh persetankan skema ayat ini .

dua ribu dua belas memungkinkan umur gua sembilan belas tahun, walaubagaimanapun, disebabkan kelahiran yang begitu lambat, umur sebenar masih lapan belas tahun, dan itu masih kekal sehingtga detik ini . (tak lama je lagi . lu lek je) . pada umumnya . tahun ini tahun yang agak emosi . gua rasa gua banyak membasahi muka bumi ini dengan air mata . kerana sialan sialan yang datang menerjah . gua tak salahkan takdir , sebab gua yakin seratus peratus kalau ada malapetaka yang datang menimpa gua bertalu talu itu tandanya allah nak kurangkan sikit dosa gua yang menimbun banyaknya . jadinya bila gua ada dalam kubur nanti takdalah teruk sangat . ye dok !

dua ribu dua belas , gua di tahun yang kedua , semester yang kedua . harapan menggunung gua sajikan untuk sesi pembelajaran gua, sebab gua semangat nak cemerlang lagi. malang sekali , hasrat gua yang satu itu tidak kesampaian . gua terkandas, dek kerana syaitan yang terdapat dalam diri gua sendiri . gua jatuh bertangga tangga dan tak mampu berdiri di semester yang kedua ini .

cerita perihal cinta pula , era ini juga gua sangat lah degil nauzubillah . pergelokan cinta bagaikan orang yang sudah hidup 50 tahun lamanya . gua jatuh bertubi tubi bila setiap masa gua dikacau dajal dalam diri sendiri . keegooan yang ada dalam diri, membatas diri gua untuk mengungkap kisah lama yang sangat romantik . nasib gua baik , hingga saat ini gua masih kekal bersama si jantung hati walau ada lelaki pemikat hati . ammir hamzah bin rosli . 

perihal keluarga hanya sama . gua tak dapat pun ahli keluarga baru . bakal menjelma dapat lah yang baru . kesihatan abah mungkin terjejas . disebabkan kesalahan makan makanan yang mendatangkan penyakit . jadi nasihat adalah jangan makan makanan manis, masin dan tolong berhenti rokok . 

\

tahun dua ribu dua belas, mungkin tahun yang biasa . ada juga yang luar biasa . ada manis , ada masam , dan gua akan coretkan dalam hati . apa yang gua pegang gua pegang . dan yes, gua masih belajar dari kesilapan gua . gua tak tahu la bila kapannya hati si pembenci gua ni dapat maafkan gua yang sangat la merindui mereka . ahh kesian bukan . dah macam bertepuk sebelah tangan . 

kejayaan gua pada tahun ini ialah
**dapat lesen P 
**result final yang memberansangkan
**thinking and just two . what the ...\

xie xie 

2 days to go . 



Friday, December 21, 2012

bila aku rasa aku sendiri

menaip dengan rasa amarah yang memuncak . maaf andai tuturan kata penyebab kehinaan

enam jam perjalanan mungkin tidak selama mana bagi perantauan dari jengkalifornia . mungkin tidak dapat memecahkan usus usus yang bersemadi di dalam sana . mungkin tidak mematahkan sendi sendi yang teguh berdiri di tubuh badan . walaubagaimanapun, perjalanan yang ditempuh dengan kereta banyak sini dan banyak sana, dapat memenat kepala fikiran, dan juga dapat melenguhkan sendi sendi tulang yang kuat melakukan kerjanya .

jika ada sang suami yang prihatin mungkin, dia boleh mengurut sana sini . mungkin dia boleh sediakan milo panas, mahupun horlick ais kegemaran, itu kalau mungkin, malangnya lambat lagi nak cipta tragedi itu .
apalah salah nya hargai sikit si buncit kerdil ini yang hanya setahun beberapa kali sahaja balik ke sana . ini kan tidak . terus menerus nasihati aku dan ternyata nasihat itu bagaikan sudah menghapus kan aku salah seorang dari ahli nya .

si buncit kerdil ini tahu salahnya , tapi kan ternyata elok menggunakan ayat yang lebih enak diperdengarkan .

xie xie

Wednesday, December 19, 2012

dari situ ke sini

assalamualaikum 

dulu saya kat sana . sejak 3 minggu yang lepas saya tetiba ada kat sini . saya berhijrah . hijrah dari sana ke sini . orang kata hijrah untuk mencari kebaikan . saya angkat tangan angguk laju laju dan capai penghijrahan itu . 

bukan hijrah dari memakai hijab kepada menampakkan rambut yang nipis ini.
bukan hijrah dari duduk di kuala lumpur kepada duduk di sabah
dan paling penting bukan hijrah daripada islam ke kafir . nauzubillah . 

saya cuma hijrah untuk mencuba suasana baru dalam menuntut ilmu di bumi jengka . 

kesan
saya dapat mereka yang baru . perangai yang baru . suasana yang baru . jadual yang baru . dan boleh dikatakan semuanya baru .dan tentunya berbeza . tetapi masih ada yang istimewa yang tertinggal kat tempat lama . jadinya itu hanya dijadikan ingatan dalam hati . 

rasanya tak perlu bangkit tempat lama . bangkitkanlah cerita baru . ye dok . 
terasa malas pula mahu berbicara lebih lebih . takut nanti salah anggap pula . hai maklumlah . hidup ini kena jaga hati kebanyakkan manusia . kalau tersalah berbicara , makan hati nanti . bak kata lecturer interpersonal communication bahawasanya icom ini unrepeatable . tiba

saya sajikan anda dengan ini

cukup rasanya kalau saya katakan mereka bertiga adalah penguat semangat saya yang sudah lama luntur dek kerana air mata yang selalu sangat membasahi bumi jengka satu ketika dulu . doa saya moga moga ini permulaan dan terakhir . saya sedang cuba untuk mengenali mereka dan belajar dari yang dulu . :)


ini cuma sebahagian daripada penghijrahan saya . patutnya banyak lagi .tapi tah kenapa macam pemalu pula nak tangkap gambar . ada orang baru , malu ye ? alolololo . hijrah ini diharapnya diterima mereka . lupa cakap . dalam kelompok ini saya sangat pemalu . diam je lah . bila berbicara menggigil semacam . dah kenapa tah .

mohon ampun empunya gambar . saya curi gambar yang telah awak edit . 

oh ya . lagi beberapa hari yang boleh dihitung melalu tangan yang diberikan allah ini, akan adalah tarikh dimana seorang bayi perempuan di mana ibunya telah bertarung nyawa untuk membantunya untuk melihat dunia ciptaan allah ini . dan diberi nama saya lah tu . 

xie xie . 



Thursday, October 25, 2012

bukan untuk boyfriend

bukan cara aku bertelingkah .
bukan cara aku bermasam
bukan cara aku berkelahi
bukan cara aku bertumbuk
bukan cara aku bermarah
bukan cara aku bercacian
bukan cara aku semua punca pergaduhan


mak abah bagi aku nama norlishafikah . agak sedap jugak la kan .
dulu orang panggil aku norli . norli dan norli 
tapi sekarang lebih ramai yang panggil dengan nama ieka . asalnya daripada cina. cina kalau panggil norli ,, nolin la norin la, noghli la . kesian diorang bebelit nak panggil norli. jadi aku decidekan panggil saja . dan melekatla nama itu hingga ke hari ini . ada je yang panggil norli . tapi dah jarang . kerana apa ? kerana kawan kan berlainan setiap tahun . 

ieka
hinggakan aku rasa nama ieka tak perlu wujud dalam hidup aku . masalah datang dan timbul bagaikan nama ieka itu ada badi . ya badi . aku pernah rasakan sebegitu bila aku mula rasa dunia menghukum aku serentak tanpa ada belas kasihan . bertubi tubi aku ditimba malapetaka . satu satu dan persatu datang cuba untuk mencari kelemahan . dan aku akui aku hampir jatuh bila tiada sapa disisi . aku gagah . aku yakin . aku kuatkan . aku pujuk hati. jangan ada kesakitan terpalit. 


norli
i really miss my day yesterday . with my friend . a lot of fun . a lot of memory to be memorizes
but now everything was changed . we are not a friend anymore . i dont know why . oh ya . maybe my fault . not maybe but yes my fault. suddenly i remember my friend said, "kau jangan salahkan diri kau 100 peratus , dorang pon ada salah, cuma kau terlalu lembut untuk tak menampakkan dorang tue bersalah" 

apa yang aku sedang beritahu adalah senang dan mudah saja . aku nak kita . dah diam 


Saturday, September 15, 2012

bila ada perubahan

assalamualaikum . diharapnya, entry ini entry terakhir sebelum tibanya final yang akan bermula pada 04/09/2012 hingga 19/10/2012 ini formal.
ini keribut . takda tudung kat kampung . aku beduk .

tulis panjang panjang sampai satu perenggan.
padam balik
tulis panjang panjang sampai satu tahap
padam balik
idea tolong datang tatkala wifi terbaik ada kat rumah mak abah aku niey
*********************************************************************************
cerita tentang part 2
Dulu ingat lagi masa part 1 menangis nangis hentak hentak kaki taknak pergi uitm jengka pahang tue. kenapa ? sebab tak nak tinggalkan pekerjaan, taknak tinggalkan family, takna tinggalkan buah hati, tak nak tinggalkan segala yang ada di kuala lumpur, seremban dan juga port dickson. taknak weyh taknak. berkali kalli aku mimpi tentang uitm.

Bila sampai result final, aku dapat dekan. aku bangga. aku rasa aku mahu belajar , dan terus belajar. sebab aku tak nak bayar PTPTN . sekurang kurangnya duit tue aku boleh la beli rumah . haha . takdalah nanti aku kena tindas dengan lelaki . kena mengena pulak . 

Aku masuk part 2 dengan harapan yang menggunug tinggi . berkobar memang berkobar. walaupun ada satu minit dalam kereta aku ternangis mengenangkan hutan belantara yang ada kat jengka tue . 


Rakan sebilik yang baru buatkan aku takut sikit nak hadap kehidupan walaupun aku bersemangat nak hadap pelajaran.  Dimulai dengan keadaan agak kekok . aku tabahkan . aku ingat lagi aku tidur bilik bekas roomate aku . aku cakap aku tak nak dok situ . aku cakap aku tak selese . 24 jam aku pegang hp nokia aku tue . terima kasih ammir hamzah. lama punya lama punya lama . aku semakin rapat . dan demi kesungguhan aku, aku rapat dengan mereka bertiga ,dan sangat rapat sehingga kami sembahyang gelak gelak . ada hikmah kenapa allah bagi aku dok dengan diorang . hikmahnya , aku menjadi seorang wanita yang pembersih . gila apa . 


Malangnya . tak semua yang kita harapkan menjadi kenyataan . memang hati mahu belajar . tapi sayang . aku terkandas . gua sedih gila yang teramat sangat bila prestasi pelajaran gua semester ini turun mendadak . gua semakin malas belajar. ashik la dengan tergelaknya, ashik la dengan sms nya, ashik la dengan segala keashikan yang ada . bila result mid sem keluar . datang segala kesedihan. menangis minta simpati . sorang tak nak dengar . 

Demi allah, aku takut semester ini . aku takut result kali ini . aku tak semangat bila aku rasa semua carry mark aku turun mendadak . malang malang malang .

padan la muka kau norlishafikah 


Lain kali tangkap gambar banyak banyak sampai dah tak tertangkap . acah acah cun kan . haa padan muka kau norlishafikah . Orang soh belajar yang kau tak habis dengan kegembiraan yang tak bawa apa apa keuntungan . badan pon makin naik . ashik makan ayam tak habis habis . otak pon beku kan . haa padan muka lagi sekali . 

**aku kecewa dengan diri aku sekarang . i'm not good enough for my family, my friend, my lecturer, and my boyfriend also** DOWN



Monday, September 10, 2012

feeling of me

Bila masa diceritakan tentang keadaan jiwa dan raga pasti itu mengundang rasa geli geliman yang teramat sangat sehingga mampu mengeluarkan perkataan yewwww apa aku buat niey ? walhah, aku jua yang tulis sebegitu rupa.
Perempuan , kadang-kadang perasaan jantungnye tak betul.  Ada masa dan ketika.  Lelaki perlu peka tentang cerita perempuan.  Banyak maklumat dapat diperolehi.  Cuba la selak-selak buku perempuan, majalah perempuan, senang cerita kau buka la cerita mengenai perempuan kat mana-mana adverstisement yang ada kat malaysia niey.
Pujuk dan memujuk
Lumrah dalam konteks bercinta ada perkataan serta tingkah laku memujuk dan dipujuk.  Bagi aku sang dara yang berjiwa kental.  Aku jarang merajuk hingga taknak makan sampai laki aku pujuk. kadang-kadang kalau aku merajuk, tak ada siapa yang memujuk.  Masa itu, mulalah rasa down sampai cekik diri sendiri.  Mulalah pos kat twitter, mulalah pos kat facebook, mulalah pos kat blog nak bunuh diri.  Walhah, yang termaktub serta konklusionnya perempuan nak dipujuk. Bukan susah mana pon.  Bukan macam kau nak jawab soalan mathematics aras 12. Cukup sekadar kau buat perempuan gelak dan melemparkan senyuman cukup menggembirakan hati seorang perempuan.  Mudah dan sangat berkesan.
Perigi cari timba.
Aku terpanggil untuk menceritakan mengenai konteks ini dalam percintaan.  Pehh. malu woi kalau perempuan cari lelaki.  Tapi cuba kita bayangkan, andai dunia ini tiada perbezaaan. Maksud yang aku cuba sampaikan saja ini adalah mudah.  Kalau setiap tahun dan setiap masa hanya lelaki mencari wanita, hanya lelaki menginginkan wanita yang cantik, pandai, sopan serta macam-macam chateristics lagi. Adil ker bagi perempuan.  Perempuan jua mahukan yang terbaik untuk jadikan lelaki itu sebagai bakal imam.  Abaikan ayat yang hanya aku saja yang memahami maksud sevenar.  Bagi aku gadis yang mencari lelaki ini takda lah kejam mana.  Dia cuma pertahankan cinta dan sayang terhadapa lelaki.  Dalam al-quran ada cakap tak "perempuan jangan cari lelaki?".  Kalau ada PERBETULKAN aku.
Terlanjur bercinta
HA-HA ada ke terlanjur bercinta.  Ok. Kalau aku tulis maknanya itu yang aku sedang mengalami.  Mula-mula kawan, lepastu ada rasa sayang, lepastu susah nak lepas, lepastu rasa macam i want to take care of you until the end of my life, and then, i want to be with you until i close my eyes, and then tup demi tup dalam status facebook dan twitter ada relationship.  Ha ha.  bercinta dengan sahabat yang dah lama.  For me, its not possible, but to me its possible. aku berkawan dengan kau maknanya aku berkawan.  Susah untuk aku bercinta, nak jaga hati kau bagai, Kawan kawan.  Tapi, kalau masa awal perkenalan aku cakap aku suka kau, itu tak mustahil untuk aku sayang kau pulak.  Jadinya, kalau kau taknak kita terlanjur bercinta, kau cari gadis lain, dan please jangan layan aku terlebih sehingga aku rasa kau suka aku.  Mudah kan. Perempuan mudah perasan tau.
Putus hubungan
Adat bertemu dan berpisah. tak ada siapa dalam dunia niey yang stay ngan manusia tue sampai bila.  Nati masuk kubur pon kau sorang sorang jugak .  Memang sedih bila terpaksa memutuskan hubungan, lebih lebih lagi dengan orang yang kita rasa kita sayang gila babi.  Aku pon sedih kalau terpaksa tingglakan dia, dia, dan dia.  Tapi think positive. Allah lepaskan orang itu, sebab ada hikmah.  dan setiap yang berlaku pasti ada hikmah .  Tah tah allah nak bagi kau yang lagi baik.  Hm, moga moga aku tak kehilangan kau sahabat. dan moga moga .
Rasanya ini sahaja yang aku mahu ceritakan.
Tiada motif.  Hanya mengisi masa lapang.
jika ada yang terasa mohon maaf
jika ada yang salah jua mohon ampun
*Norlishafikah*


.

Monday, August 20, 2012

tukar tajuk

rasa-rasanya dah banyak sangat aku post mengenai percintaan . ala, biasa ar bro . budak baru nek kot . hahahaha . 

kali ini aku bercerita mengenai raya tahun dua ribu dua belas . yang secara amnya sangat dan langsung tidak menyeronokkan sama seperti tahun-tahun lepas . sedang ashik orang lain pergi salam sanak saudara dan mengumpul duit raya , dan aku hanya sibuk melayari social network yang rata-ratanya bosan jugak . kesian aku . sungguh merana hidup tanpa kawan yang rata-ratanya pulang ke kampung . 


tetiba aku rasa macam menyesal sebab beli baju mahal-mahal tapi tak jalan raya . hari ini raya ketiga . aku rasa dah tiga buah rumah aku pergi . perghhh banyak rumah kan . satu rumah aku , dua rumah kakak aku yang hanya 10 minit saja dari rumah aku , dan ketiga rumah sedara aku yang hanya memakan masa selama 5 minit . tragis doe raya aku kali ini , mana pergi sahabat handai semua ya ? ya , baru segerombolan sahabat yang datang semalam. dan itu mungkin yang pertama dan terakhir . kesian ! 


amacam tragis tak memori raya kami . akibat camera sudah dirosakkan, ini lah jadinya . walhah pakai semua lawa-lawa . baik pakai kain batik dengan tudung sarung . sumpah doe . aku bosan . raya tak jadi . tah tah tahun depan pun macam niy kan . 

kepada sesiapa yang baca ini sedih raya . 

saya, norlishafikah bt . mohd ali . ingin mengucapkan selamat hari raya , maaf zahir kepada anda semua jika ada salah dan silap ok . kosong-kosong okay . moga anda bahagia pada hari raya kali ini , dan diharapkan anda bertemu kekasih hati . 


walau tak selawa mana , walau tak secantik mana, i'm proud to be me . ingat senang nak jadi aku ? senang jer lah . selagi ada allah di hati . cehh !




Saturday, July 7, 2012

kali ini aku membisukan kata dari segala percakapan, aku butakan saja segala apa yang ada di depan mahupun benda yang ada di belakang. aku pekakkan gegendang telinga dengan segala tohmahan yang menimpa sanubari dara ini.  biar aku bagitahu kau sang teruna bahawasanya aku KUAT menghadapi alam rumah percintaan. take note,

kalau dulu aku laksanakan segala apa yang dipinta. bagai mencucuk di hidung lembu. bagaikan kena makan dengan nasi kangkang pon ada jugak . kebodohan aku bagai dipijak pijak menjadi semakin bodoh . nasib baik aku tak bodoh dalam melaksanakan tanggungjawab aku sebagai seorang pelajar UiTM jengka pahang . beruntung bersyukur nya kau bila aku tahu membezakan mana yang betul dan mana yang salah,


ya . aku tahu aku tak secantik semua sang dara yang berada di luar itu tapi aku ada hak untuk aku hidup di luar tue tanpa bantahan seorang lelaki yang belum tentu jadi suami aku ., maaf atas segala keterlanjuran kata aku ini . 

Dulu aku boleh hidup dikonkong oleh kau . sebab aku tiada alasan untuk aku bercakap dengan sang lelaki , tapi makin lama aku jalani hidup berumah cinta dengan kau , aku mula terfikir sampai bila jer kau nak aku dengar cakap kau sedangkan ibu bapa aku punya nasihat pon aku campakkan saja di tanah? fikirkan . 

Mungkin benar kata kata manusia di luar sana , bahawa wanita ini hidupnya memang perlu dikonkong oleh kaum adam. hey what the crazy rules. zaman jahilliah sudah berlalu . jika dahulu kala bayi perempuan dibunuh sebab takda ong katanya dan tika ini perempuan di bawah takhluk sang lelaki ? itu dinamakan adil ? sedangkan lelaki boleh lakukan apa saja yang dia nak . ? INI TAK ADIL. 


Benarkan aku KUAT ? aku masih mampu tersenyum dan duduk tepi pantai menghirup udara segar . engkau ? dah gilakan tak da aku ? ha-ha . aku tahu kali ini adalah salah aku . aku buat keras kepala aku sekeras batu kat belakang tue . aku dah macam oh kau sapa nak halang apa yang aku buat sedangkan kau pon tak betul. kalau benda tu aku rasa betul aku ikut la . tapi apa benda yang kau suruh aku lakukan itu bagaikan tak masuk dek akal bro . kanak kanak ribena pun tahu aku sama ada aku boleh ikot atau pun tidak . semata kau aku lepaskan benda yang aku sayang . ? benda yang sudah lama menjadi teman aku ? lagi sekali ku katakan wanita ada HAK untuk lakukan apa yang dia nak . dan kau belum salam lagi MOHD ALI untuk ambil aku menjadi hak kau . betul kan apa yang aku katakan ini ? 



siapa bilang aku tak sayang kau . siapa bilang aku tak cinta kau . siapa bilang aku itu ini malapetaka
. kau nampak kesalahan yang aku lakukan . kau nampak kebaikan yang aku lakukan selama ini ? bukak mata tanya jantung . kalau aku tak sayang aku tak berada di hati kau sang lelaki . kalau aku tak sayang dah lama aku melabuhkan punggung ku pada lelaki durjana di luar sana, kalau aku tak sayang aku tak diam bila kau memaki aku , kalau aku tak sayang ibu bapa ku takkan ketemu diri kau yang hensem tue . kalau aku tak sayang dah lama aku berjoli sakan dengan manusia yang kaki kikis tue . kalau aku tak sayang aku takkan bertahan ngan kau selama bla bla dengan karenah comel kau itu . kau fikirkan lah. betul atau tidak  aku sayang kau ini . kalau kau rasa ini adalah permainan seorang wanita . kau patut tahu banyak lagi wanita boleh buat . bukan sekadar ini . amek tahu . 

sudah la . berkata kata sampai kiamat belum tentu lagi kau fahami maksud aku ini. 

aku berharap kau tabah kehilangan aku . aku berharap aku tabah kehilangan kau . aku berharap antara kau dan aku tiada permusuhan . kelak kau dapat teman lain . moga moga kau tak berbicara tentang aku . aku jua sama . kalau ada air mata yang mengalir disebabkan keterlanjuran kata , maafkan lah . kalau aku kesakitan hati akibat perangai maafkanlah , jika ada yang ku cubit ku pukul maafkanlah jua . dan jika ada baby dalam perut ini nikah lah aku .joking ! 


aku mempunyai buah hati baru . dia akan jaga aku selama kau tiada di sisi . aku akan anggap dia anugerah untuk kita . sebab kita tak da baby . ha-ha . moga moga kau selamat disana dan aku di sini . akan sentiasa merindukan mencintakan segala kenangan tomahan dan kata kata kau wahai pujangga, berkenalan dengan diri kau sedikit dan tak kurang hebat nya kau mengenali aku mengajar kita erti kehidupan , 

kalau kau terbaca : jangan kau nak fikir benda apa yang sepatutnya kau tak boleh fikir sebab aku hanya mencintai menyanyangi meminati menyukai kau saja . ambil kisah okay . bye . 





Thursday, July 5, 2012

WHEN I GROW UP

halo everybody .,. body anda sihatkah ?atau sudah semakin mengecil atau semakin membesar ? ukur  baju di badan anda sendiri k .

semester 2 is begin . dah 3 minggu dah kat jengka ni menghadapi detik detik pembelajaran, wah , sungguh kemalasan ye , nak bangun pagi apatah lagi .

bila semester baru bermula . nampaknya kawan sebilik pon sudah la baru . kali ini gua beradu bersama rakan sekelas yang dahulunya tidak la berapa nak baik . tapi alhamdulillah , kali ini kami semakin rapat ,



 perkenal kan roomate baru saya . wee . ada tinggi ada ketot dan ada muslimah , lengkap . dan saya? okay . yang tengah tengah tue nama nya ayuni ,. kanak kanak ribena yang berasal dari johor bharu. nanti kalau dia balik johor wa nak ikot . sebab wa nak jumpa sepupu wa ,
yang kanan tue wanita tak kenal gentar yang bernama nur fatihah , atau lebih dikenali sebagai thia .
yang kiri tue seorang gadis pemalu dan peramah , iaiitu maizatul azwani,. just call her wanie ,



dan ini adalah saya , pelajar jurusan office management yang sudah malas untuk belajar kerana kebosanan matapelajaran yang saya tak suka langsung iaitu business essential , her name norlishafikah bt. mohd ali . calll her ieka,

mudahan sangat semester kali ini saya dapat meningkat kan lagi pointer saya daripada semester lepas, alhamdulillah , lucky saya dapat 3.6 , malangnya takda sapa bangga dengan aku , nangis sikiiittt.

ammir hamzah bin rosli . he's still mine,. amin,. walaupon pergaduhan besar berlaku namun, sedaya upaya kami berpegang teguh pada cinta kami , kalau kawin nanti kami jemput . kalau yer ,. tak janji. mana taw tiba tiba termati plak. hahah

tidak lama lagi puasa akan menjelma , n for the first time aku akan puasa ngan sahabat uitm. agak agak macam mana rasanya ye , ? dan raya pun tidak lama lagi , oh tak sabarnya nak meraikan hari raya ,. babababommmm..

bilalah nak ada mood nak belajar niey ?



masalah datang tanpa diundang . cinta datang kita cari . kuatkan lah hati , kuatkan lah perasaan agar segala dugaan yang allah bagi kita , kita tak maki maki dugaan itu . terutama dugaan yang berkaitan dengan hati , __


Saturday, April 7, 2012

penipuan

rina dan ieka

gamba di atas tada kena mengena dengan tajuk yang cuba disampaikan .

macam gampang kan kalau kita menipu ? dah la dapat dosa satu hal . dengan allah satu hal . dengan manusia lagi satu hal . kalau buat dengan allah , kalau kita taubat , boleh lah agaknya dosa itu diampunkan . tapi kalau dosa itu berkaitan dengan manusia . acano nak wat tue jang oi . dah la manusia niey susah nak maafkan owang . orang . sebabnya mereka ini semuanya ego . termasuk la aku . 


itu kalau manusia . 

kalau tipu hati acano lak ann . huh . rasanya penipuan hati lah paling menyeksakan dan paling menyesakkan . sapa manusia yang tak pernah tipu hati dia . cuba cakap ? takda sapa dalam dunia niey tak pernah tipu hati dia . walaupun dia cakap dia tak tipu . dia ikhlas dalam segala benda yang dia buat tapi dia still tipu . still tipu walaupun hati dia menidakkan dan walaupun dia sengsara dan segalanya mungkin disebabkan ke egooan diri dia sendiri . yes . ego . 


agak-agak apa benda yang kita selalu tipu kat hati kita ?

PERASAAN

itu semestinya . 

lebih lebih lagi remaja macam kau . haha . dan remaja macam aku . masa ini lah hati kita selalu dipermainkan . 

dan sebagai seorang remaja perempuan . 
pastinya cinta itu menyakitkan kalau tak kena gayanya . 
'
ahh persetankan segala ayat pasal cinta ini . 

ok back to my storey just now . 

kesian hati kita kan kalau kita tipu dia . dah la banyak kerja dia dalam proses dalaman badan kita nieyy ,  patu nak tanggung penipuan kita pulak . apa jahat la kita niey kan ,. ? hmm. 


tipu tue dosa kan ? 
kalau tipu hati sapa dosa 
kita ?

minta maaf kat hati awak tue cepat .!


hati maafkan tuan kau k . tuan kau tak sengaja menipu diri kau . semuanya untuk kepentingan orang lain . 
untuk kebahagiaan orang lain
untuk kesenangan orang lain

tuan kau yakin kau kuat untuk mengahadapi segala yang kau dapat . 

ala . lek la . tuan kau baru 18 . kau mesti tolong dia kuatkan hati dia k . 

apa aku merepek niey . ahh persetankan segala benda yang berlaku . 










Saturday, February 25, 2012

INI BUDAK GILA



table etiquete punya gamba . weeeewittt.
ah . setan la kan . apa kau ingat aku kat pahang negeri khazanah alam niey aku tak ksah ker tinggalkan buah hati aku kat seremban nun? cam bangang . apesal lak tetiba . tiba tup tup dengar citer pasal betina niey betina tue an .

berani amek . berani ngorat . kalau kau betul berani kau amek .  amaran . 

untuk kau lelaki . tayah cakap serupa kaplamyanga okay. dengan kau kau aku sunat kasik habis. 

bismillah. 
let gone by gone. pandailah kau carik aku nanti . 

new friend . mimie . reserve by setan malaya.
semakin lama duduk kat negeri orang semakin banyak pengalaman  yang ditimba . mungkin tidak sebanyak kau yang dah lama hidup kat dunia.

kekadang rasa tidak percaya yang aku berjauhan dengan keluarga serta buah hati kesayangan . oh i dont believe this. 

pelajar office management . ahhh ,, sangat famous okay . kenapa famous ? 

milik wan serta ammir
ini lah akibatnya menjadi budak office management . segalanya perlu formal . with our kemeja, skirt or pants. the important things our makup and of course for woman its very difficult day to face.

arif and rushdi classmate
this is what we call student office management . owesome? huh! like a boss . padahal diorang niey student part 1 baru . susah kan jadi budak office .

tapi adik adik . ini course sangat lah popular. dan lepas belajar automatically korang dapat kerja. paling rendah pon korang ley kerja kerani dan secretary  not security okay . 

gegaran berlaku
examination is around a corner . my target just only 3+++. this is the last post that i made before struggle for exam . please pray for me .

mak is always in my heart. 
my family is my inspirational
my boyfriend is mine
my friend always in my side

sangat kerinduan . !









Friday, February 10, 2012

perbezaan


assalamualaikum . lama nya aku menyendiri . kesian semua yerk . atototototot . meh bagi kish meh meh . muah muah muah muah . haptuih muah .

okay sangat penat okay sejak kebelakangan nie. apa nak jadi la dengan aku nyh . dulu masa cikgu suruh belajar aku tak nak lak belajar kan . bapak punya pemalas la kan rasa macam hello asal perllu belajar . perlu ker ? tak perlu la . kawin jer kalalau tak nak belajar kan . haa cenggitu la kotak fikiran zaman terdahulu . iaitu zaman kejatuhan anak dara . haha . 


ala kononya cantikkan . tiada perbezaan pon . hidung gua tetap kemek macam biasa . haha . lantak . tapi mereka tetap cakap untung . i hate that word . nothing yang untung . cakap la bersyukur kan lagi manis . haa dah nampak dah perbezaan , apanya niey


maha gedik nak mempus niey . apa beze ? yer ini sangat nampak perbezaan . untuk pertama kali dalam sejarah i pakai tudung putih g kelas . dan mereka memberitahu muka i nampak suci . mengapa begitu . haha,

apa yang sama gamba 2 dan 3 ? perasan tak perasan ? aku pakai tudung bawal la weyh . alahai . 

seronok rasanya pakai bawal . mereka kata lebih manis dan simple. kekasih hati pon suka buah hatinya memakai tudung bawal . jadinya tudung bawal menjadi tudung favourite . selamat tinggal shawl . pashmina dan seangkatan dengannya . 


apa tujuan aku letak gambar yang tak papa ni . okay untuk memberitahu bahawasanya mataku sudah berada di tahap yang tah papa jugak . mengapa sebegini rupanya ? macam nak nanges pon ada . ini pakai lens dan pakai foundation yang berlambak nak mampus tuh . sangat banyak okay untuk menutupi mataku yang sangat hitam . 

oh ya . di sebelah itu nama nya nini . taw la yer cantik ananana . tayah nak puji sangat la kan . lempang jap gi apa pon tak dapat.


tujuan gamba ini ? tiada tujuan yang tetap sebenarnya . haha . 

apa motif . 
dah lama tak balik kampung 
dah lama tak pergi times square
dah lama tak jumpa family ammir
dah lama tak jumpa kekasih hati 
segalanya lama
lama lagi rupanya saya di sini
sebab baru 2 bulan saya di sini

moga saya tabah menghadapi liku-liku kehidupan di sini  . amin 



Wednesday, January 25, 2012

Suka Hati


Cak . Muka bapak langsi gler doe . rasa macam nak masuk kan kepala dalam jambam. pastu flash terus ke logi tahi. haha

ok sebelum tue assalamulaikum semua . sihat tak semua. alhamdulillah kat jengka macam biasa jer. ada ramai gak student yang demam semuanya bukan sebab cuaca tapi sebab nak lari dari masuk kelas . hahah . banyak now kuiz dan test hampir juling mataku jadinya . ah persetankan segala benda , aku malas nak fikir segala benda yang watkan aku migrain.

haritue aku dengan roomate yakni rina, nini, dan kak nad.  kami hanya keluar ke J-TOWN. aper itu j-towm . hoho. jengka punya bandar. sangat best oo jengka punya bandar, kfc ada, u-mart ada. anggap jer la kat sini banyak sangat bangunannya walaupun pada hakikatnya cuma ada beberapa jer . haha . sian doe . dah malas cter.



 represent roomate kesayangan saya di uitm jengka pahang . hee . kami menginap di bilik D-212.

she is my best friend . she is my best roomate in the world. she is my kentut . she is my teddy bear. and the last she is my baby. tekankan perkataan baby itu . well i hope she always on my side to pinjam bahu untuk nangis walaupon dia seratus peratus takda feeling untuk nangis sama . by the way her nama rina . search her in facebook with name Rina Armans.


Ini saja gambar yang ada untuk mek kelate niey . maaf gambar agak sensored bagi mereka yang berpegang teguh pada ajaran agama.  haha .  well . her nama is ROSMASHASLINI . haa, apa macam berbelit-belit lidah kan ,. panggil saja dia nini .. omey kan yer . tp sayangnya dye niey pendek sangat. katanya pendek itu comel . tp bg saya pendek itu gedik . haahhaha . dah berpunya dah . :)


hai, nama saya nadhrah . yang ini buah hati kesayangan saya, namanya mizi. hohoho. selamat pengantin baru kak nad, hahha, diorang niey baru saja mendirikan alam rumah couple. ala tetiba rindu gila kat cinta hati saya tue. tape nanti jumpa yer. tunggu k . tunggu taw, tunggu la. ketuk kepala kat dinding baru tahu .


wajibunnya perlu ada gambar aku yang aku tahu tak lawa sangat niy . tapi ada aku heran ker . janji ada orang sayang haha . dan saya bangga mempunyai wajah sebegini serta badan yang tah paper niey.  

secara jujurnya aku rindu ngan life aku yang dulu . aku tak penat sangat sebagaimana aku kat sini  . aku rasa aku kat sini dah macam apa tah . bangun tido . g kelas . sampai malam . study . tido . makanan aku pun tak seberapa nk seddap lak kan . geram gila la kan . patu aku macam takda rsa feel la nak study . :(

tapi alhamdulillah aku bersyukur sebab adanya roomate yang agak gila study . jadinya aku pun terikut jejak mereka . sampai aku sendiri terkejut tengok perubahan aku sekarang . kalau cikgu-cikgu sekolah tahu aku rajin macam niey mesti terkejut gila gila gila babi . hahha. 

doakan aku agar aku kuat menjalani kehidupan siswi di sini 

terima kasih
1 MALAYSIA
tiba






Saturday, January 14, 2012

Malam menyinari sinar kebahagiaan

itu hari hari saya . itu hari saya gembira. itu hari semua kepada saya. itu hari sangat indah . sehingga saya lupa dunia yang fana ini .

oh sebelum saya terlupa hari ini adalah hari ulangtahun percintaan saya dengan ammir hamzah yang ke 14 bulan . saya teringat kat dia sebab saya rindu gila babi kat kecintaan saya yang satu tue. agak lama la jugak saya tak ketemu dirinya . hampir 2 minggu .

perbezaan sangat ketara ketika ini . sungguh dan benar . aku sangat-sangat sibuk ketika ini. jadual sangat-sangat padat . hinggakan aku rasa aku duduk di meja menteri bukan menteri kesihatan ataupun menteri kewangan tetapi  perdana menteri malahan menteri segala pembangunan. sangat-sangat ketara tekanan yang melanda hati saya .

permasalahan saya tentang group project saya , permasalahan saya dengan rakan saya yang gila . permasalahan tentang  cinta hati saya . segalanya bagi saya ketekanan yang melampau sehingga satu hari saya menangis tanpa sebab. namun saya gagahkan jua hati dan jiwa ini untuk meneruskan saat-saat gentir ini . 

wahai kekasih
saya tahu saya merisaukan awak . saya tahu saya tak ada masa awak perlukan saya . saya tahu saya terlalu pentingkan diri . segalanya saya tahu . kalau awak boleh bersabar awak sabar lah . andai kata hati awak meronta belaian cinta perempuan saya benarkan awak mencari lain . andai satu hari kita ada jodoh pasti akan bertemu jugak kebahagiaan yang ingin dikecapi.

ketika bulan memacarkan cahaya terang menyinari alam . aku tertanya  kenapa begitu sukar hidup ini . allah akan menguji hambanya mengikut kemampuan hambanya sendiri . 


ketika junior's night saya senyum sesenyum senyum nya . tapi tak siapa yang tahu betapa seksa untuk saya melakukan fake smile itu . 

sumpah hati tak senang sejak belakangan ini
sumpah otak tak siuman sejak belakangan ini
sumpah hanya allah saja tahu apa yang terkadung dalam hati ini

saya tahu saya akan mengecewakan sidia