"aku punya satu seribu juta impian."

Thursday, December 29, 2011

Kisah Wanita

Assalamualaikum..

      Wanita dan kecantikan bagaikan aur dengan tebing, memang tak dapat dipisahkan, jika dipisahkan, pincangla lagu, pincangla irama.
Begitulah perumpamaan yang mengaitkan wanita dengan kecantikan. Laporan yang mengatakan wanita menghabiskan sebahagian besar gaji untuk membeli kosmetik dan memberi fokus yang istimewa terhadap diri untuk kelihatan cantik bukanlah sesuatu yang mengejutkan.

       Sebagai wanita, kita akan lebih terkejut jika ada wanita yang tidak memberikan perhatian terhadap kecantikan mereka  dan sangat terkejut jika ada wanita yang langsung tidak tahu bagaimana hendak mencantikkan diri.

       Kecantikan adalah salah salah satu antara kuasa wanita selain kelembutan dan sifat keibuan wanita. Lelaki mana yang tidak tertarik dengan wanita cantik, tanyalah mana-mana lelaki, sudah pasti jawapannya jelas dan spesifik, mereka sukakan wanita 4C iaitu CANTIK, CERIA, CERGAS, DAN CERDIK, kerana itulah sebenarnya yang dikatakan cantik luar dan cantik dalam yang merangkumi aspek mental, fizikal, sosial dan spiritual.

        Mengapa wanita obses dan sukakan kecantikan sampai sanggup berhabis duit untuk cantik.?
Ada yang hendak cantik dengan sanggup melakukan pelbagai cara 7S iaitu Susuk yang dimasukkan ke dalam badan, Suntik pada bahagian yang boleh mempertingkatkan keyakinan diri wanita iaitu kawasan 5P iaitu Pinggang, Punggung, Perut, Pipi dan Payu dara, Senam habis-habisan, Sekat makan hingga kurang makan, Sapu krim putin muka dan kawal jeragat, Sental badan dan cerah kulit dan Surgeri kosmetik pada muka dan selurun badan.

         Semua usaha 7S sanggup dilakukan bagi wanita yang obses untuk cantik dan ada akses untuk jayakannya, tapi soal fulusnya perlulah difikirkan dengan tulus.

        Kerana nak cantik, kosnya juga bukan sedikit, duit yang membukit, lama-lama jadi sikit, badan sihat cari duit, lama-lama jadi sakit kerana kuat cari duit, tapi semuanya wanita sanggup lakukan hanya kerana hendak cantik dan menarik, untuk menjadi perhatian dan angganan n serta igauan kaum lelaki khususnya dan kecemburuan wanita lain yang menjadikan wanita cantik idola kerana kecantikan tubuh badan macam biola.

       Mengapa wanita obses dan sanggup melakukan apa sahaka untuk cantik? Jawapannya terletak pada perkataan cantik itu sendiri. Cuba kita fahami satu persatu:

     C~Cemerlangnya wanita itu sering dikaitkan dengan cantik dan intelek yang memiki semua sifat wanita cemerlang iaitu cantik, ceriam cergas dan cerdik.
     A~Aspirasi kepada kaum lelaki apabia berdampingan dan memiliki wanita cantik yang akan mempertingkatkan lagi semangat dan jati diri lelaki.
     N~Nilai-nilai positif wanita yang disenangi seperti sikap kemanjaan, kemesraan, dan keibuan banyak dikaitkan denhan wanita cantik.
     T~Takhluk dunia dengan kecantikan dan sekarah telah membuktikannya dengan kecantikan Cleopatra telah melemahkan pahlawan ternama Mark Anthony, sebagaimana Majnun menjadi gila kerana kecantikan Laila!
     I~Inspirasi wanita cantik juga menjadi dambaan lelaki dan tidak dinafikan bahawa cantik itu sebagai penyalur idea dan ihan yang memberi memberi inspirasi kepada lelaki. Wanita-wanita Malaysia yang cantik antaranya Siti Nurhaliza, Norfazura menjadi sumber inspirasi kepada wanita-wanita lain untuk kekal cantik dan menarik.
     K~kejayaan juga dikaitkan dengan kecantikan kerana wanita-wnaita yang ternama dan berjata ramai terdiri daripada eanita-wanita cantik, menarik dan bergaya.

         Dengan tagline beuty is the sign to success menjadikan wanita sanggup beratur inline dan online untuk membeli kosmetik untuk cantik! Hingga wang merekapun offline.






okay hie there . entry kali ini bukan copy n paste okay. i tengah berlatih typing . so this artical im taking from newspaper on 30.dis.2011. btw apa yang artical nyh cakap semua betul . but tak semestinya wanita cantik sahaja yang boleh berjaya n of couse semua wanita ada kecantikan tersendiri rite ?

so believe in what u have.

skema gila entry kali nyh , haahahah
nyh baru betul surat khabar .hahahha.
smile . cheeessseee. !

No comments:

Post a Comment