"aku punya satu seribu juta impian."

Thursday, December 29, 2011

Kisah Wanita

Assalamualaikum..

      Wanita dan kecantikan bagaikan aur dengan tebing, memang tak dapat dipisahkan, jika dipisahkan, pincangla lagu, pincangla irama.
Begitulah perumpamaan yang mengaitkan wanita dengan kecantikan. Laporan yang mengatakan wanita menghabiskan sebahagian besar gaji untuk membeli kosmetik dan memberi fokus yang istimewa terhadap diri untuk kelihatan cantik bukanlah sesuatu yang mengejutkan.

       Sebagai wanita, kita akan lebih terkejut jika ada wanita yang tidak memberikan perhatian terhadap kecantikan mereka  dan sangat terkejut jika ada wanita yang langsung tidak tahu bagaimana hendak mencantikkan diri.

       Kecantikan adalah salah salah satu antara kuasa wanita selain kelembutan dan sifat keibuan wanita. Lelaki mana yang tidak tertarik dengan wanita cantik, tanyalah mana-mana lelaki, sudah pasti jawapannya jelas dan spesifik, mereka sukakan wanita 4C iaitu CANTIK, CERIA, CERGAS, DAN CERDIK, kerana itulah sebenarnya yang dikatakan cantik luar dan cantik dalam yang merangkumi aspek mental, fizikal, sosial dan spiritual.

        Mengapa wanita obses dan sukakan kecantikan sampai sanggup berhabis duit untuk cantik.?
Ada yang hendak cantik dengan sanggup melakukan pelbagai cara 7S iaitu Susuk yang dimasukkan ke dalam badan, Suntik pada bahagian yang boleh mempertingkatkan keyakinan diri wanita iaitu kawasan 5P iaitu Pinggang, Punggung, Perut, Pipi dan Payu dara, Senam habis-habisan, Sekat makan hingga kurang makan, Sapu krim putin muka dan kawal jeragat, Sental badan dan cerah kulit dan Surgeri kosmetik pada muka dan selurun badan.

         Semua usaha 7S sanggup dilakukan bagi wanita yang obses untuk cantik dan ada akses untuk jayakannya, tapi soal fulusnya perlulah difikirkan dengan tulus.

        Kerana nak cantik, kosnya juga bukan sedikit, duit yang membukit, lama-lama jadi sikit, badan sihat cari duit, lama-lama jadi sakit kerana kuat cari duit, tapi semuanya wanita sanggup lakukan hanya kerana hendak cantik dan menarik, untuk menjadi perhatian dan angganan n serta igauan kaum lelaki khususnya dan kecemburuan wanita lain yang menjadikan wanita cantik idola kerana kecantikan tubuh badan macam biola.

       Mengapa wanita obses dan sanggup melakukan apa sahaka untuk cantik? Jawapannya terletak pada perkataan cantik itu sendiri. Cuba kita fahami satu persatu:

     C~Cemerlangnya wanita itu sering dikaitkan dengan cantik dan intelek yang memiki semua sifat wanita cemerlang iaitu cantik, ceriam cergas dan cerdik.
     A~Aspirasi kepada kaum lelaki apabia berdampingan dan memiliki wanita cantik yang akan mempertingkatkan lagi semangat dan jati diri lelaki.
     N~Nilai-nilai positif wanita yang disenangi seperti sikap kemanjaan, kemesraan, dan keibuan banyak dikaitkan denhan wanita cantik.
     T~Takhluk dunia dengan kecantikan dan sekarah telah membuktikannya dengan kecantikan Cleopatra telah melemahkan pahlawan ternama Mark Anthony, sebagaimana Majnun menjadi gila kerana kecantikan Laila!
     I~Inspirasi wanita cantik juga menjadi dambaan lelaki dan tidak dinafikan bahawa cantik itu sebagai penyalur idea dan ihan yang memberi memberi inspirasi kepada lelaki. Wanita-wanita Malaysia yang cantik antaranya Siti Nurhaliza, Norfazura menjadi sumber inspirasi kepada wanita-wanita lain untuk kekal cantik dan menarik.
     K~kejayaan juga dikaitkan dengan kecantikan kerana wanita-wnaita yang ternama dan berjata ramai terdiri daripada eanita-wanita cantik, menarik dan bergaya.

         Dengan tagline beuty is the sign to success menjadikan wanita sanggup beratur inline dan online untuk membeli kosmetik untuk cantik! Hingga wang merekapun offline.






okay hie there . entry kali ini bukan copy n paste okay. i tengah berlatih typing . so this artical im taking from newspaper on 30.dis.2011. btw apa yang artical nyh cakap semua betul . but tak semestinya wanita cantik sahaja yang boleh berjaya n of couse semua wanita ada kecantikan tersendiri rite ?

so believe in what u have.

skema gila entry kali nyh , haahahah
nyh baru betul surat khabar .hahahha.
smile . cheeessseee. !

Wednesday, December 7, 2011

di sini selamanya

assalamualaikum..

kalian sudah tahu sudah berapa lama saya di sini ? di sini maknanya di uitm jengka pahang nyh ? saya di sini sudah 23 hari . wooo lama tue weyh . lama sangat tue weyh . den da jadik orag pahang doe . bangga tak ? dari port dickson . dari kuala lumpur . back to pahang . haha . kelakar . dan lagi kelakar aku dah ada belajar . hahah . bapak lahai .

~disebabkan dah jadik budak uni .ayat kena baku~

hai . saya kat sini amek couse on taw . yakni office management . hohoho. kena makup . pakai heels .office weyh . wuuuu .. kena chantek-cantek taw . heee . tue lah ammir risau sangat . haha , koya . hah ! ayat baru weyh koya . anada tahu apa itu koya ? hm ala macam badget bagus la . geeee,,,

nak taw tak penat sangat taw masa mds hari tue . yakni minggu dera siswi . sangat sangat penat okay . sangat penat . ok da stop . tp btoy la kan . penat gila . kau bayangkan tido kol 1 bngun 2.30 . takke bangang . deyh ! bukan 2.30 ptg taw . pagi . hadoy . nasib lah kan . tapi ok lah dah lepas da popn . cter na gelabah kan .lagipon 1 week jer . patu dah takda dah .

nak taw tak . kita kan tiba kita lak kan , ok aku sendiri pening baca ayat lintang pukang aku nyh kan . hm.. nama kelas saya om1141j . nak taw tak tue kelas last sekali taw . sebenanyer kitorang terlebih student . aku la kelebihannya , patu terpaksa bukak kelas baru . then kan . kitorang susah bebeno nak dapat jadual . sangat susah okay . okay cter sal budak kelas. budak pompan ada 16 orang manakala lelaki ada 9 orang . as usual kaum hawa pasti menang . yaeh ! hah nak taw tak mereka semua sangat lucu taw . ada pendek ada inggi ada comel . snagt baek . n mereka semua baik . ada dari kL ada dr kuantan ada dari merata . tp dr nogori saya sorang saja . maaf sangat-sangat tiada lah gambar mereka , sebab kan camera saya pon dah kena virus . ! semua berpunca dari library . tanak masuk library !

ceritera bandar jengka . woooooooo . di sini sumpah tiada apa apa melainkan u mart . jengka nyh sebuah kampung . atau sebuah bandar . tp kat sini daif ciket . maaf orang jengka . hm . bandar dia serupa pekan pasir panjang kat pd tue . kalau nak dapat bandar macam pd kena nek bas 1 jam setengah baru sanapai . kalau nak bandar macam seremban kena nek bas 2 jam setengah yakni di kuantan . saya tak jejak lagi kat situ . mungkin akan datang . haha , setiap kali pergi bndar mesti makan kfc . alhamdulillah ada jugak kfc kan ., huhu .korang dah mula sedeyh kan ? hm makanan kat sini agak berbeze dgn nogori . orang negeri kan makan makanan pedas kan . kat sini samabal ikan pon ta pedas . kesian weyh . saya pernah makan laksa . tp rasa ikan pon tak da . rasa pedas apatah lagi . roomate saya cakap tue laksa lemak . mang tak la kan ,'

ceritera roomate . bilik nyh diduduki 4 orang gadis . semua virgin lagi . aku dah check dah . hahaha . kak nad paling tua . dia amek pra dip .

yang nyh rina . chumel kan . single lagi nyh kalau nak dia boleh try tp dapat ta kompem . memilih . haha . shes okay . tapi lau dah lamabat g kelas, masyaallah rasa macam na hentak pala dia kat dinding . tapi dalam bnyak2 dia paling rajin bangun tydo n study pagi2 buta . ngee,,, !

haaa... ini dia mek kelate . dialah penyeri bvilik nyh . kalau bercakap . pekat nak mampus loghat . kekadang aku tak paham langsung apa yang dia cakap . patukalau cakap ngan pakwe kesayangan dia mesti kuat n diakhiri dgn "sayang yayunk" . haha . kalau yer takda bosan yang teramat amat okayh . hoho





uiiii dah kurus lah ! uiiii . sepahnya bilik . uiiiii pakai sekirt lah . tayah nak uiiii sangat lah kan . itu bukan katil saya taw . katil saya belah sana . sana mana yer . pk lah sendiri . kami double daker dan katil saya tingkat 2 . haha ,. buat masa nyh saya tak pernah jatuh lagi . esok lusa insyaalah . tak ada masalah kepanasan sebab jengka sekarang ashik hujan dan mempunyai kabus sangat tebal . dah macam kat luar negara . haha ! bangang gila ayat aku pagi nyh 

ceritera tentang pelajaran pulak , geee, ! saya ada 8 subjek ., 1 tue subjek koko , kena kawad bagai . penat doe , dan saya masuk sispa . yakni sisws siswi pertahanan awam , haha , boleh tolong orang banjir nanti , gaga ., saya shukeeeerrrrr sangat masuk kelas omt 100 dgn omt 121 . gilo . 100 tue kelas personality . di situ belajat tentang cara-cara bkerja as a officer work . abaiakn ayat lintang pukang aku tuh ., besh wooo . kena pakai makup . kena pakai office wear . dan tak boleh bla kena pakai heels . as usual saya akan pakai flat jer . sampai kelas baru tukar , haha , marah miss ku abaikan saja . omt121 lak ,kelas typing . huh! suker gila doe . walaupon lepas kelas tue habis tangan menggigil . yer lah mana taknya ken guna 10 jari untuk type . gila lah kan . yang lain tue macam tak berapa nak besh sebab kena bnyak hafal . haha . ada kelas ctu, tue agama punya kelas ., sampai ke sekarang tak masuk kelas lagi . patu ada kelas math . sumpah saya takut na proceed kelas tue sebab macam add math n rina kata makin lama makin susah . mang tak lah kan . patu ada kelas bel . tue kelas bi , nasib bek speaking gua makain lama makin bagus , berkat kerja di ts . terima kasih vetini . tiba rindu sangat :(. patu ada kelas omt131. dan imd101. dua dua kelas personality , mean blajar cara nak bekerja ..uiiiii.. panjangnya !

ok next gambar lah kan . dah takda benda na share, 


                                         





saya rindu gila kat family saya
saya rindu gila kat ammir
saya rindu gila kat vetini
saya rindu gila kat sekolah
saya rindu kat port dickson
saya rindu kat kula lumpur 

saya nak balik !!!!!!!